Hati Goreng Sambal


Bahan-bahan:

500g hati ayam atau lembu (digoreng)
15 tangkai cili kering (dikisar)
2 biji bawang besar (dikisar)
2 biji bawang besar (dibelah empat)
1 sudu kecil belacan
2 sudu gula
2 keping asam gelugur
Sedikit garam dan serbuk perasa

Cara Membuat:

  1. Tumis kesemua bahan yang telah dikisar hingga garing.
  2. Masukkan bawang yang telah dibelah empat bersama gula serta asam gelugur.
  3. Kacau hingga sebati dan kemudian masukkan sedikit garam dan serbuk perasa.
  4. Akhir sekali, masukkan hati yang telah digoreng tadi dan gaul kesemuanya hingga masak.

Ayam Kukus Cuka


Sumber : Majalah RASA – April 2004 (Resepi Ibu Dalam Pantang)

Bahan A (diperap sebelum dikukus)
8 potong ayam
4 ulas bawang putih – ditumbuk
1 cm halia – ditumbuk
Garam secukupnya

Bahan B
3 sudu makan cuka
30 gm ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Cara Membuat
1. Lumurkan ayam dengan bawangputih, halia dan garam. Perap ayam selama ½ jam. Kemudian kukus hingga masak.
2. Tuangkan cuka dan tabur ke semua bahan B ke atas ayam. Kukus sekejap lagi dan boleh dihidangkan.

Petua Orang Tua : Masakan mengandungi cuka sangat baik diambil oleh ibu selepas bersalin kerana cuka dipercayai dapat mengecut perut dan rahim.

Gulai Ayam

Bahan-bahan:

1 ekor ayam   (dipotong ikut citarasa)
sebiji kelapa (di ambil santannya)
3 biji bawang merah kecil (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci lengkuas (dikisar)
2 biji cili kering  (jika mahu lebih pedas,tambahlah cili) – dikisar
1 batang serai (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
1 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa

 

Cara Membuat:

  1. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan ayam,kacau rata ayam bersama bahan-bahan tumis tadi
  3. Masukkan santan,asam keping dan secawan air.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Biar sehingga kuah mendidih.

Ayam Paprik

Paprik

Bahan-bahan

1/2 ekor ayam
[ Bahan kisar ]
  • 1 inci kunyit
  • 2 batang serai
  • 10 biji cili padi
  • 3-4 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • sedikit belacan

4 helai daun limau purut
1/2 biji bawang besar dihiris nipis
sedikit garam, gula dan perisa
1 keping asam keping

Cara-cara

  1. Bersih ayam dan potong kecik-kecik. Lumurkan dengan sedikit garam.
  2. Goreng ayam sehingga separuh masak
  3. Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga garing
  4. Masukkan ayam, asam keping, daun limau purut, bawang besar, garam, gula dan perisa serta sedikit air.
  5. Masak sehingga ayam masak sepenuhnya

Ayam Masak Paprik

Bahan-bahannya:

½ kg isi ayam

3 batang serai -dikisar

6 hiris lengkuas -dikisar

4 hiris halia -dikisar

10 ulas bawang putih -dikisar

10 biji bawang merah -dikisar

20 biji cili api ( ikut kesukaan rasa pedas )-dikisar

2 biji cili merah -dikisar

2 inci kunyit hidup -dikisar

10 helai daun limau purut -dikisar

2 keping asam keeping

Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:

  1. Masukkan satu sudu minyak masak dan tumiskan bahan-bahan kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan ayam dan tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  3. Akhir sekali masukkan asam keping. Masak sehingga ayam empuk.

Masak Lemak Ayam Cili Padi

Bahan-bahannya:

10 ketul ayam

5 ulas bawang merah – dikisar

5 ulas bawang putih – dikisar

3 batang serai

1 cm kunyit hidup – dikisar

30 biji cili padi – ikut kesukaan rasa pedas

1 helai daun kunyit

3 biji ubi kentang

1 biji kelapa diambil santannya

Cara membuatnya:

  1. Masukkan ayam dan semua bahan kisar ke dalam periuk beserta ubi kentang dan daun kunyit.
  2. Biarkan mendidih, kemudian masukkan santan.
  3. Masukkan garam secukup rasa.

Ayam Percik Perlis

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam
4 batang serai
1 inci lengkuas
10 ulas bawang merah
20 tangkai cili kering
1 sudu jintan manis
1 inci halia
1 biji kelapa
1/2 cawan asam jawa
1/2 cawan kacang tanah
Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuatnya:
1. Ayam dipotong empat dan dibersihkan.
2. Serai, lengkuas, halia, cili kering dan bawang dimesin halus.
3. Kacang digoreng dan dimesin hingga halus.
4. Kelapa diperah dan diambil santannya.
5. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dimesin sehingga naik bau dan masukkan santan.
6. Bila sudah pekat, masukkan ayam.
7. Bila ayam sudah masak angkat ayam dan dibakar dengan api yang sederhana dan percikkan kuahnya.