“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu wanita-wanita…” (Surah Ali Imran: 14).
Rasulullah memberikan peringatan dari fitnahnya sebagaimana yang diriwayatkan dalam Sahih Muslim dari sahabat Abu Said Al Khudri, beliau bersabda:
“Hati-hatilah terhadap dunia dan hati-hatilah terhadap wanita, kerana sesungguhnya fitnah yang pertama kali menimpa Bani Israel adalah wanita”
Pada riwayat lain dalam Sahih Muslim dari Sahabat Jabir Rasulullah mengisyaratkan dengan sabdanya: ”Sesungguhnya wanita menghadap dalam bentuk syaitan, dan membelakangi dalam bentuk syaitan.”
Kaum Muslimin rahimakumullah, demikianlah memang agama Allah datang untuk mengatur semua urusan manusia, membimbing para pemeluknya kepada yang membuat maslahat dan menjaga kepada apa yang akan menjerumuskannya kepada kemudharatan, sehingga kita mendapatkan Allah memperingatkan dari ajakan-ajakan syaitan. Allah berfirman:
“Wahai bani Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaiman ia telah mengeluarkan kedua ibu bapakmu dari surga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.” (Surah Al A’raaf: 27 ).
Para wanita menyerupai syaitan kerana ia sebagai penyebab timbulnya fitnah bagi laki-laki seperti pernyataan Rasulullah di atas. Oleh kerana itu hendaklah para wanita bertaqwa kepada Allah dengan menjaga dirinya dan menjaga kaum lelaki dari fitnah yang ditimbulkan kerananya.
Ketahuilah bahwa Islam telah datang dengan menjelaskan kedudukan para wanita. Di antara yang menunjukkan hal itu adalah :
2.Persamaan dalam mendapatkan pahala atas amal soleh. Allah berfirman:
“Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfirman): “Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal diantara kamu, baik laki-laki atau perempuan, (kereana) sebahagian kamu adalah turunan sebahagian yang lain…”…”
(Surah Ali Imron: 195).

3.Persamaan dalam hal hak mendapatkan warisan , sekalipun hak warisan laki-laki lebih darinya, ini hanyalah hikmah yang terkandung di dalamnya. Berkata Al Imam As Syinqithi dalam Adwa’ul Bayar 1/308 pada firman Allah:
“Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka untuk) anak-anakmu ,iaitu bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua anak perempuan…” (Surah An Nisa: 11 ).
Allah tidak menjelaskan dalam ayat ini hikmah dilebihkannya laki-laki atas perempuan dalam hal warisan, padahal keduanya sama dalam hal kekerabatan. Akan tetapi Allah isyaratkan yang demikian itu di tempat lain, iaitu firmanNya:
“Kaum laki-laki adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebahagian dari harta-harta mereka… ” (Surah An Nisa: 34 ).
4.Hak untuk mendapatkan perlakuan dan pergaulan yang baik. Allah berfirman :
“Apabila kamu mentalak isteri-isterimu, lalu mereka mendekati akhir iddahnya, maka rujukilah mereka dengan cara yang ma’ruf atau ceraikanlah mereka dengan cara yang ma’ruf pula. Janganlah kamu merujuki mereka untuk memberi kemudharatan, kerana dengan demikian kamu menganiaya mereka…” (Surah. Al Baqarah : 231 ).
Allah juga berfirman:
“…Dan bergaullah dengan mereka secara patut …” (Surah An Nisa: 19).
Masih banyak keterangan-keterangan tentang kedudukan wanita yang bersangkutan dengan hak-haknya dan kewajibannya. Yang ini semua menunjukkan betapa besar perhatian Islam terhadap kaum wanita, bahkan Allah mengkhususkan khitob untuknya dalam beberapa ayat dalam Al Quran.
Sesungguhnya ini adalah rahmat Allah untuk mereka, Allah menjaga mereka dengan syariatNya dan mensucikan mereka dari kotoran-kotoran jahiliyah.
Dengan demikian maka Allah dan RasulNya memerintahkan kepada kaum wanita untuk menjauhi perkara-perkara yang akan menyebabkan timbulnya fitnah bagi kaum laki-laki
Pertama :
Kedua
Ketiga
Keempat
Kelima:
Maka wajib atas kaum wanita menjaga kehormatannya, dan janganlah membalas nikmat Allah dengan kekufuran, wal iyyaudzubillah. Seharusnya bagi seorang muslim atau muslimah untuk tidak memiliki pendapat atau kebebasan setelah tetap hukum Allah dan RasulNya. Kerana sesungguhnya Islam tidak akan tegak pada diri seseorang kecuali dengan tunduk dan patuh. Allah berfirman :
“Dan tidak patut bagi laki-laki mukmin dan tidak pula bagi wanita mukminah, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan akan ada bagi mereka pilihan yang lain tentang urusan mereka. Dan barang siapa yang mendurhakai Allah da RasulNya maka sungguh dia telah sesat, sesat yang nyata.” (Surah Al Ahzab: 36).
Wal ilmu indallah.
FATWA SYAIKH MUHAMMAD BIN SHALIH AL ‘UTSAIMIN TENTANG PAKAIAN KETAT BAGI WANITA
Beliau berkata :” Terdapat dalam shahih muslim dari sahabat Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah bersabda:
“ Ada dua golongan dari ahli neraka yahng aku belum pernah melihatnya: pertama, suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor-ekor lembu yang dipakai untuk memukul manusia; kedua, wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang lenggak lenggok di kepalanya ada sanggul seperti bonggol unta. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mendapatkan baunya dan sesungguhnya bau syurga itu akan didapatkan dari jarak ini dan itu.”
Maka ucapan Rasulullah, telanjang adalah bahawa mereka memakai pakaian tetapi tidak menutupi yang semestinya tertutup, baik iaitu kerana pendeknya atau tipisnya atau kerana ketatnya, di antaranya adalah yang terbuka bahagian dadanya, kerana yang demikian itu menyelisihi perintah Allah, dimana Allah berfirman :
“ Dan hendaknya mereka menutupkan kain tudung ke dadanya” ( Surah An Nur: 31 )
Berkata Al Qurthubi dalam tafsirnya : “Praktiknya adalah hendaknya wanita memakai kain tudung untuk menutup dadanya.”
Semoga Allah memberi taufiq bagi semuanya kepada yang dicintai dan diredhainya.
“Konsep pembela yang universal antara haq dan bathil , hidayah dan kesesatan, petunjuk dan penjerumus, jalan kebahagiaan dan kehancuran adalah menbjadikan apa-apa yang Allah telah utus dengannya para rasul dan diturunkan dengannya Al Kitab sebagai kebenaranyang wajib untuk diikuti, karena dengannya akan mendapatkan Furqon dan hidayah Ilmu dan Iman.
Adapun yang lainnya dari perkataan manusia diukur diatasnya, apabila sesuai dengannya adalah benar, jika menyelisihinya adalah bathil. Apabila belum diketahui apakah sesuai atau tidak dikarenakan perkataan-perkatan yang global tidak dimengerti maksud pembicaraan atau dimengerti maksudnya tapi tidak tahu apakah Rasul membenarkannya atau tidak maka diam, tidak berkomentar melainkan dengan Ilmu. Sedangkan Ilmu adalah apa-apa yang berdiri diatasnya dalil dan yang bermanfaat adalah apa yagn dibawa oleh Rasulullah” (Ucapan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah). Wallahu a’lam.
(Penulis Al Ustadz. Abu Hamzah Yusuf Al Atsary, Link URL Salafy Online)’
Kerana asyiknya cintamu wanita seorang lelaki terlupa akan RabbNya
Kerana panahan asmaramu wanita seorang lelaki terlupa akan halal dan haram sehingga menjerumus ke lembah kemaksiatan
Kerana utuhnya kuasamu wanita seorang lelaki menderhana kepada ibu bapanya
Kerana indahnya cintamu wanita seorang lelaki terlupa akan anak dan isterinya
Kerana pujuk rayumu wanita seorang lelaki menyintai dunia melebihi akhiratnya
Kerana pesona cintamu wanita tunduk patuh seorang lelaki akan kehendakmu
Kerana kuatnya kasih sayang terhadapmu wanita seorang lelaki bergelar ayah, abang, sahabat dan suami di azab di neraka……
Kerana seorang wanita jatuhnya sebuah pemerintahan….
Kerana cinta seorang wanita berlakunya pembunuhan pertama manusia
Kerana pujuk rayu wanita diperintahkan adam dan hawa keluar dari syurga ke dunia….
Kerana tidak dikau pelihara syariat Allah…musnahnya hidup seorang lelaki..
Semuanya kerana seorang wanita…
Ingatlah kaum wanita yang paling banyak menjadi penghuni neraka..
Peliharalah auratmu agar sama sekali tidak dilihat lelaki bukan mahrammu
Peliharalah dirimu agar tidak berdua-duaan dan bergaul bebas dengan lelaki
Peliharalah dirimu dari bersuara lunak sehingga timbul keinginan jahat lelaki terhadapmu
Peliharalah dirimu dari meminta-minta sesuatu pada seorang suami sehingga timbul murka Allah padamu dan padanya
Peliharalah dirimu dan demi lelaki..
Berhati-hatilah duhai wanita…jangan kerana dirimu orang yang amat dikau cinta mendapat murka RabbNya dan azab neraka jahannam….
akan tetapi jadikanlah dirimu penyebab seorang lelaki ke syurga..jangan dikau menjadi fitnah kepada lelaki
Dikutip dari blog http://abuannisa.wordpress.com/2007/08/05/fitnah-kaum-wanita-atas-kaum-lelaki/