Menghilangkan Pahit Bunga Betik atau Daun Betik

Cara Pertama:

Rebus bunga atau daun betik bersama-sama daun jambu batu dicampurkan asam gelugur dan sedikit garam kasar sehingga masak. Rasa pahitnya akan hilang dan enak dijadikan ulam. Ia juga baik untuk mengurangkan tekanan darah tinggi.


Cara Kedua:

Rebus bunga atau daun betik bersama-sama beberapa helai daun jambu batu dan dua tiga biji pinang masak.

Cara Ketiga:

Rebus bunga atau daun betik bersama-sama daun senduduk.



Hilangkan Kuning Kunyit Di tangan

Kunyitkapur

Warna kunyit hidup yang melekat di tangan sukar dihilangkan. Untuk menghilangkannya ambil sesudu teh kapur dan sapukan pada tangan anda. Basuh dengan sabun dan cuci dengan air suam. Hasilnya pasti memuaskan.

Menghilangkan Bau Peti sejuk

daun pandan

Ambil beberapa helai daun pandan,kemudian diikat dan diletakkan dalam peti sejuk. InsyaAllah bau tidak diingini dalam peti sejuk akan hilang.

Gula Melaka Tahan Lama

gula melaka

Masalah utama gula melaka ialah tidak tahan lama dan cepat berbau. Untuk mengatasi masalah ini, taburkan sedikit tepung gandum di atas gula melaka. Kemudian, simpan gula melaka dalam bekas yang kedap udara. Hasilnya gula melaka tahan lebih lama.

Daun Limau Purut Tidak Mudah Layu

daun limau purut

Jika anda membeli daun limau purut yang terlalu banyak, selepas memasak selebihnya jangan dibuang begitu sahaja. Masukkan daun limau purut di dalam bekas kedap udara. Kemudian simpan di tempat beku dalam peti sejuk. InsyaAllah daun itu segar harum dan boleh digunakan lagi.

Cili Kering Tahan Lama

Cili kering

Sewaktu mengisar cili kering atau mingkin anda juga ingin mengisar cili kering dalam kuantiti yang banyak, campurkan sedikit minyak masak. Bukan sahaja cili kering yang dikisar boleh disimpan lama malah sebilangan biji cili kering juga mudah hancur. Jadi, hasil kisaran tadi akan lebih cantik.

Menghilangkan Warna Kekuningan Pada Cawan

limau nipis GARAM HALUS

Cawan atau mug yang kerap digunakan untuk air kopi atau air teh biasanya terdapat kesan kekuningan. Cara membersihkannya ialah dengan merendamkannya dalam air panas atau suam yang bercampur dengan perahan limau nipis dan garam. Selepas kira-kira 15 minit, cuci dengan span seperti biasa, InsyaAllah warna kekuningan akan hilang.

Mencuci Kerak Periuk

kentang

Rebus kulit ubi kentang dalam periuk berkerak dalam tempoh beberapa minit.Setelah air itu panas, kerak yang melekat di periuk akan tertanggal dengan sendirinya.

Menghalau Lalat

Petua 1 :

Ambil beberapa kuntum bunga cengkih masukkan ke dalam cawan atau mangkuk berisi air. Biarkan ia terdedah di ruang dapur anda. InsyaAllah, lalat-lalat yang berterbangan akan keluar dengan sendirinya dari ruang dapur anda.

Petua 2:

Ambil secekak daun kari, kibaskan pada lalat yang berada di meja makan anda. Kemudian letakkan daun kari tersebut pada gelas yang berisi air di sudut meja makan. Dengan cara ini anda dapat menghalau lalat dari meja makan anda.

Petua 3:

Ambil beberapa tangkai daun belimbing. Kibaskan pada lalat-lalat yangs edang berada di meja makan anda.


Petua 4:

Ambil sedikit cecair peluntur dan titiskan pada kain buruk tanpa mencampurkannya dengan air. Selepas itu lapkan kain tersebut pada sekitar ruang dapur seperti meja makan, kabinet , dapur memasak adn tempat-tempat lain yang anda rasa perlu. Insyaallah, lalat pasti akan berkurangan..

Petua 5:

Ambil dua batang lilin dan nyalakan apinya. Setelah itu letakkan di meja makan atau di tempat meletak hidangan. InsyaAllah lalat tidak akan mengerumuni hidangan anda.



Elak Bekas Dari Berbau

Suratkhabar

Bekas menyimpan makanan yang terlalu lama digunakan akan meninggalkan bau yang tidak enak. Atasinya dengan merendamkan beberapa helai suratkhabar di dalam bekas tersebut dan biarkan selama dua hingga tiga jam. Bau tersebut akan diserap oleh kertas tadi dan bekas tidak lagi berbau.

« Older entries