Jus Durian Belanda, Nenas, dan Betik.

Khasiat: memperlancar pencernaan, anti sembelit dan meningkatkan nafsu makan.

Bahan:-bahan:
250 g durian belanda,
100 g nanas,
100 g betik,
2 sudu besar jus limau nipis,
2 sudu besar madu

100 ml air ais.

Cara membuat:-

Kisar buah durian belanda bersama air, masukkan madu dan jus limau nipis. Nanas dan betik dipotong-potong dadu kecil. Campurkan potongan nanas dan betik ke dalam jus buah durian belanda tadi.

 

Advertisements

Jus Pegaga

jus pegaga

Bahan-bahan ( 1-2 gelas )

  • 100 gm pegaga (cuci dgn air garam bsama akarnya sekali)
  • 3 camb gula perang (blh tmbah atau kurangkan)
  • 500 ml air masak
  • 5-7 ketul ais

Cara Membuat

  1. Masukkan air masak ke dalam periuk bersama gula perang dan masak sehingga mendidih. Sejukkan.
  2. Kemudian kisar daun pegaga bersama air gula . Tapiskan jusnya.
  3. Masukkan semula jus tadi ke dalam pengisar dan kisar bersama ketulan ais selama 1 minit.
  4. Siap dan boleh diminum.

Nilai gizi dalam setiap 100g pegaga

**  air 87.7g, protein 2.0g, lemak 0.2g, karbohidrat 6.7g, serat 1.6g, kalsium 171mg, fosforus 32mg, B2 0.19mg, niasin 0.1mg dan Vitamin C 48.5mg

Jus Lobak Merah

jus lobak

Bahan-bahan:

1/2 biji lobak merah

1/2 cawan air

2 sudu besar susu pekat

1 sudu besar susu cair

Cara Membuat:

Kisar semua bahan dan tapis. Hidangkan bersama ais.

Jus Timun

jus-timun1

Bahan-bahan
1 batang timun
1 sudu kecil lemon (jus limau kasturi pun boleh digunakan)
1/2 (100ml) cawan air
Madu secukup rasa

Cara-cara Membuat:
1.  Bersihkan dan potong bulat-bulat timun
2.  Masukkan semua bahan kedalam pengisar
3.  Sedia untuk dihidangkan

* Jus ini boleh melancarkan pengaliran darah menghilangkan lebam di mata.

Jus Pear Buah Naga (istimewa untuk pesakit Diabetes)

Bahan-bahan:
100g pear hijau
150g buah naga
200 ml air masak /mineral
Cara Membuat:

Kisar semua bahan. Hidangkan

Nilai gizi per hidangan
Tenaga: 182.5 kkcal
Protien : 0.6 gram
Lemak : 1.3 gram
Karbohidrat : 14.9 gram
Serat : 1.6 gram

 

Jus Epal Betik Lemon (istimewa untuk pesakit Diabetes)

Bahan-bahan:
100g epal
100g betik dipotong kecil
1 biji lemon diperah airnya
100 ml air masak /mineral
Cara Membuat:

Cuci epal dengan air panas dan dipotong kecil. Kisar semua bahan. Hidangkan

Nilai gizi per hidangan
Tenaga: 125 kkcal
Protien : 1.1 gram
Lemak : 0.4 gram
Karbohidrat : 32.5 gram
Serat : 1.2 gram

Jus Tembikai Buah Naga (istimewa untuk pesakit Diabetes)

Bahan-bahan:
150g tembikai dipotong kecil
150g buah naga dipotong kecil
100 ml air masak /mineral
Cara Membuat:

Kisar semua bahan. Hidangkan

Nilai gizi per hidangan
Tenaga: 125 kkcal
Protien : 0.9 gram
Lemak : 0.9 gram
Karbohidrat : 10.3 gram
Serat : 1.4 gram

Jus Pisang Lemon (istimewa untuk pesakit Diabetes)

Bahan-bahan:
100g pisang ambun dipotong kecil
1 biji lemon diperah airnya
150 ml air masak /mineral
Cara Membuat:

Kisar semua bahan. Hidangkan

Nilai gizi per hidangan
Tenaga: 120 kkcal
Protien : 1.5 gram
Lemak : 0.2 gram
Karbohidrat : 31.2 gram
Serat : 0.7 gram

Jus Belimbing Betik ( istimewa utk pesakit Diabetes)

Bahan-bahan:
100g belimbing, buang serat dan bijinya, potong kecil
150g betik, kupas dan potong kecil
200 ml air masak /mineral
Cara Membuat:

Kisar semua bahan. Hidangkan

Nilai gizi per hidangan
Tenaga: 105 kkcal
Protien : 1.1 gram
Lemak : 0.4 gram
Karbohidrat : 27.1 gram
Serat : 1.9 gram

Jus Epal Lemon (istimewa utk pesakit Diabetes)

Bahan-bahan:

150g epal
1 biji lemon diperah airnya
1 sudu teh gula diet (contohnya Equal)
100 ml air masak /mineral

Cara Membuat:

Cuci epal dengan air panas, potong dan buang bijinya. Kisar epal bersama-sama dengan air lemon, gula diet dan air.

Tip

Jus untuk pesakit diabetes mellitus sebaiknya tidak menggunakan gula. Jika ingin menambah pemanis, sebaiknya menggunakan gula diet atau gula buah
Nilai gizi per hidangan
Tenaga: 112 kcal
Protien : 0.8 gram
Lemak : 0.6 gram
Karbohidrat : 28.6 gram
Serat : 0.7 gram