Sotong Masak Lemak

Bahan-bahan:

250g sotong
250g santan pekat
250ml air
6 biji cili padi (dikisar)
1 inci kunyit hidup (dikisar)
50g ikan bilis
2 batang serai (dititik)
2 helai daun kunyit

Cara Membuat:

  1. Masukkan santan pekat, air serta bahan kisar ke dalam periuk.
  2. Nyalakan api dan masukkan serai bersama garam dan serbuk perasa.
  3. Setelah menggelegak masukkan daun kunyit dan sotong yang telah dibersihkan. Kacau hingga masak.
Advertisements

Sotong Masam Manis

Bahan-bahannya:

1/2 kg sotong basah

5 ulas bawang merah – dimayang

5 ulas bawang putih – dimayang

5 sudu besar cili kering yang dimesin

2 sudu besar sos cili

Sedikit belacan

Sedikit Halia – dihiris

Gula dan garam secukupnya

Minyak untuk menumis

Cara Membuatnya:

1. Sotong dibersihkan dan digoreng sederhana masak

2. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga kuning.

3. Masukkan sos cili, garam dan gula secukup rasa. Masukkan sotong dan biarkan masak.