ROJAK KATEH (VERSI MODEN)

Makanan Tradisional Terengganu


Bahan-bahan

1/2 kilo daging lembu (lebih sedap kalau guna daging tetel, yang ada lemak-lemak )
1 senduk kecil lada giling
2 senduk kecil cuka makan
Segenggam asam jawa (campur air dan diambil jusnya)
1 keping gula nisan/gula anau/gula melaka
Sedikit garam dan gula

Cara-cara

  1. Daging lembu atau daging tetel di rebus hingga betul-betul empuk. Setelah empuk, tos dan ketepikan. Jika saiz daging agak besar, boleh lah potong kecil-kecil.
  2. Panaskan kuali atas api sederhana dan masukkan lada giling, jus asam jawa dan cuka.
  3. Kalau terlalu pekat boleh masukkan sedikit air. Masukkan gula nisan/gula anau/gula melaka dan biarkan gula larut.
  4. Perasakan dengan garam dan gula. Kuah rojak kateh mengikut citarasa masing-masing. Yang penting ia mesti ada rasa masam, manis dan pedas sekali.
  5. Campurkan daging yang telah di potong kecil tadi ke dalam kuahnya dan biarkan sekejap. Agak-agak dah mendidih tu tutup api dan biarkan sejuk.

Sumber: http://www.myresipi.com/

ROJAK KATEH

Makanan Tradisional Terengganu

Rojak kateh merupakan sejenis makanan traditional yang terkenal di Terengganu. Ia merupakan urat keting lembu/kerbau yang direbus selama beberapa jam. Rebusan ini akan menyingkirkan semua lemak yang akan timbul dibahagian atas, meninggalkan bahagian urat yang bebas lemak sepenuhnya. Urat ini kemudiannya akan diambil dan dimasak bersama air cuka berlada. Cara membuatnya agak rumit dan mengambil masa.


Bahan-bahan:

Kaki lembu/kerbau
air secukupnya utk merebus

Bahan-bahan untuk Kuah (Sukatan mengikut citarasa sendiri)

Cili kering ~ rebus & kisar halus
Gula nisan/gula melaka ~ masak dengan air hingga larut
Garam secukup rasa
Gula pasir jika perlu
Cuka secukup masam

Cara Membuat:

1. Bersihkan kaki lembu dengan air dari segala kekotoran.
2. Sediakan bara api untuk membakar kaki lembu. Bakar kaki hingga hangus/hingga bulu-bulu halusnya terbakar. Kikis bahagian terbakar/bahagian hitam hingga bersih.Jika masih ada bulu-bulu yang tinggal bakar lagi dan kikis lagi. Proses ini perlu dibuat berulang kali hingga semua bulu-bulu pada kaki lembu tidak kelihatan. Caranya sama kikis dengan menggunakan pisau/parang kecil. Buang bahagian tapak kaki lembu yang keras dan hanya ambil bahagian yang lembut/rawan sahaja. Apabila kaki lembu sudah cukup bersih dan nampak putih (nampak isi dalamnya), hiris/lapah bahagian kulit/keting yang lembut itu hingga semuanya tanggal dari tulangnya termasuk bahagian rawan di tapak kakinya. Kemudian bahagian yang dihiris tadi dihiris pula halus2 memanjang anggaran 1 1/2 inci panjang.
3. Hirisan kulit/keting lembu tadi dibasuh dari habuk-habuk yang melekat dan tapis kemudian direbus dengan air yang banyak sehingga betul2 lembut dan kembang (ambil masa yang lama). Selepas direbus ia akan mengembang dan akan nampak jadi lebih banyak dari kuantiti asalnya. Apabila sudah lembut,tuangkan air rebusan tadi dan tapis kulit lembu tadi.
4. Dalam periuk yang lain,  masukkan air, air gula nisan, cili kisar, cuka dan garam secukup rasa hingga mendidih. Masukkan kulit lembu tadi dan masak hingga mesra. Rasakan apa yang kurang & boleh tambah mengikut citarasa sendiri. Rojak Kateh mesti ada rasa masam, pedas, manis & masin.

Sumber:http://shw.mamawandiha.fotopages.com/


Murtabak Telur Campur Sayur (istimewa untuk pesakit diabetes)

Bahan-bahan:
100g daging lembu tanpa lemak, dicincang dan ditumis
4 bji telur itik
50g daun bayam, hiris halus
1 batang daun bawang dihiris halus
1 biji bawang bombay, hiris nipis
20 keping kulit popiah
Minyak secukupnya
1 sudu teh serbuk lada putih
1/2 sudu teh serbuk pala
1 sudu garam

Cara Membuat:

1. Campur daging lembu cincang yang sudah ditumis dengan semua bahan lain. Kacau rata.
2. Ambil sekeping kulit popiah , isi adunan telur secukupnya. Lipat semua sisinya sehingga berbentuk segiempat (atau ikut citarasa).
3. Goreng dalam minyak yang panas sehingga kuning kecoklatan. Ketika membalik-balikkan,tusuk-tusuk murtabak menggunakan garfu.
4. Angkat dan toskan

Tip

Murtabak ini boleh dimakan oleh pesakit diabetes mellitus yang kolesterolnya normal dan tiada obesiti. Selain digoreng, murtabak ini juga boleh dikukus.

Nilai gizi per hidangan

Tenaga: 87.4 kkcal
Protien : 4.7 gram
Lemak : 7.3 gram
Karbohidrat : 0.5 gram
Serat : 0.04 gram
Kolesterol : 179.9 gram

Rendang Hati Lembu



Sumber : Majalah RASA – April 2004 (Resepi Ibu Dalam Pantang)

Bahan-bahan:
½ kg hati lembu – dipotong
2 cawan pati santan
½ cawan kerisik
2 sudu makan rempah kari
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan (dikisar)
10 ulas bawang merah
200 gm cili merah
2 sudu makan ketumbar
3 batang serai
4 cm lengkuas
2 cm halia
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 biji buah keras

Cara Membuat
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan rempah kari dan hati. Kacau sekejap.
3. Masukkan santan dan masak hingga pekat.
4. Akhir sekali masukkan kerisik dan garam secukup rasa.

Sup Tulang



Sumber : Majalah RASA – April 2004 (Resepi Ibu Dalam Pantang)

Bahan A
1 kg tulang lembu – dicuci dan ditoskan
2 sm halia – diketuk
1 sudu makan lada hitam – ditumbuk
1 sudu teh garam kasar
1 sudu makan gula
Air secukupnya

Bahan B (ditumbuk)
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 cm halia
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan lada hitam

Bahan C (ditumis)
2 batang kulit kayu manis
1 biji bawang besar – dihiris
5 biji cengkih
3 biji bunga lawang
4 biji buah pelaga

Bahan D
2 bunjut rempah sup tulang
3 bji kentang – dibelah dua
8 biji cili api
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos ikan
1 biji jus limau nipis
Sedikit minyak
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk perasa
Bawang goreng, daun sup dan daun bawang – untuk ditabur

Cara Membuat
1. Masukkan tulang yang telah dibersihkan bersama air, halia, gula, garam kasar dan lada hitam dalam satu periuk. Didihkan atas api kecil dan bertutup hingga tulang empuk. Tambah air jika perlu.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang hingga kuning. Masukkan kesemua bahan C dan kacau.
3. Masukkan pula bahan B dan tumis hingga garing.
4. Setelah garing, masukkan rempah sup. Kacau dan masukkan satu senduk stok dan kacau sekejap. Tuang bahan tumis ini ke dalam periuk stok tulang dan kacau sekejap.
5. Didihkan kembali, masukkan garam, serbuk perasa, sos tiram dan sos ikan. Tutup dan biarkan mendidih lagi. Kemudian masukkan separuh bawang goreng.
6. Akhir sekali masukkan cili api dan sedikit hirisandaun sup. Tuang jus limau dan kacau rata. Ketika menghidang, taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.

Petua Orang Tua : Masakan jenis sup biasanya banyak menggunakan campuran rempah ratus. Ia sangat baik dalam memanaskan badan dan mencuci darah.

Daging Goreng Daun Limau

Bahan-bahannya:

300g daging

3 helai daun limau purut – dihiris

3 ulas bawang putih dihiris

2 sudu besar cili boh

1 sudu besar serbuk kunyit

1 sudu besar sos tiram

Garam secukup rasa

Cara Membuatnya:

  1. Hiris daging nipis-nipis dan perap bersama cili boh, serbuk kunyit, sos tiram, garam, daun limau dan bawang putih.
  2. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak dan goreng daging sehingga garing.

Sup Tulang

Bahan-bahannya:

1kg tulang lembu

1 paket sup bunjut

5 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

2 kuntum bunga lawang

2 batang kulit kayu manis

4 biji buah pelaga

½ cm halia

Sedikit bawang goreng

2 batang daun sup – dihiris

Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:

  1. Tumis bawang merah, bawang putih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan halia hingga wangi.
  2. Masukkan air, tulang lembu dan rebus lebih kurang 1 jam.
  3. Masukkan sup bunjut dan masak seketika.
  4. Tabur bawang goreng dan daun sup untuk dihidang semasa panas-panas.

Daging Masak Lada Hitam

Bahan-bahannya:

500 g daging (direbus dgn sedikit garam dan dihiris nipis2)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh sos lada hitam
1 sudu besar kicap pekat
1 labu bawang besar (dimayang)
1 biji cili merah (dihiris)
1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)
5 biji cili api (diketuk)
Sedikit daun bawang dan daun sup (dihiris)
Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuatnya:

1. Perapkan daging bersama 1/2 sudu besar kicap pekat dan 1/2 sudu besar lada hitam selama 10 minit.
2. Panaskan 2-3 sudu besar minyak masak dalam kuali dan goreng daging hingga separuh garing. Keluarkan dan ketepikan. Di dalam kuali yg sama, tumis bawang putih hingga perang.
3. Masukkan daging, lebihan lada hitam dan juga kicap pekat. Kacau sebati. Masukkan pula sos tiram, sos lada hitam, bawang besar, cili merah, dan cili api. Kacau lagi.
4. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung, daun sup, daun bawang dan masukkan garam dan gula jika perlu.