Kek Gula Hangus

Bahan-Bahan:

1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 camca besar mentega
1 sudu teh esen vanila

Cara Membuat:

1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus atau kekuningan. Masukkan air panas dan kacau hingga cair. Berhati semasa masukkan air, sebab gula tu akan meletup-letup.Tutup periuk untuk elakkan terkena percikan. Kemudian masukkan mentega.Sejukkan.

2. Pukul telur sehingga kembang dan pekat. Masukkan susu pekat dan kacau sebati.
3. Ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi sedikit.
4. Akhir sekali, masukkan gula hangus dan esen vanita.Kacau rata. Perap adunan selama 3-4 jam .
5. Bakar dgn api sederhana 160 -180 selama 45 ke 1 jam.

Kek Coklat Moist

Bahan-bahan:

250 gram mentega
2 cawan gula
2 cawan tepung }
1 sudu teh serbuk penaik } Di ayak
1/2 sudu teh soda bikarbonat }
6 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

1/2 cawan gula }
1 cawan koko } Masak atas api kecil, kacau sampai gula hancur.
1 cawan air } Tutup api, biarkan.

Cara Membuat:

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanila. Pukul sebati.
2. Lepas tu masukkan bahan kering yang telah di ayak berselang seli dengan bahan koko yang dimasak tadi. Buat selang seli sampai habis dan kacau sebati.
3. Sapu loyang dengan minyak atau butter dan lapik loyang dengan kertas minyak. Tuang adunan dalam loyang dan bakar selama 1 jam.

Coklat Fudge
400 gram coklat masak
susu cair (sukatan ikut pada likatan fudge)

Cara Membuat:

1. Masukkan coklat dan susu cair ke dalam periuk kecil. Kemudian letakkan periuk tadi ke dalam bekas yang lebih besar dan diletakkan air di dalamnya (cara double boiler).
2. Masak sehingga coklat cair dan kelikatan coklat yg cantik . Hiaslah kek anda mengikut citarasa.

Sumber: : kaklia-kaklia.blogspot.com/

Kek Coklat Kukus

Kek Coklat Kukus Zaiima
Sumber: NoorMasri


Bahan-Bahan:

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cair lagi sedap)
½ cawan susu pekat
1 ¼ cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur

Cara Membuat:

1. Campur koko, gula, susu cair, susu manis dan minyak ke dalam periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutup api biarkan adunan suam
2. Tepung, soda bikarbonat dan serbuk penaik di ayak.
3. Telur dipukul kembang dan campurkan campuran koko tadi. Gaul rata dan masukkan tepung yang diayak.
4. Gaul sebati dan tuang dalam loyang sehingga setengah loyang. Tutup loyang dengan aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejukkan .

TOPPING COKLAT dari Noor Masri Bahan-bahan:

250 g coklat masakan } dipotong kecil
1 sudu besar marjerin
130 ml double cream atau whipping cream
Sedikit gula halus secukup rasa (supaya topping tu tak pahit sangat) – optional

Cara Membuat:

Cairkan coklat secara double-boiler .Tutupkan api, kemudian masukkan marjerin, gula dan cream Kacau sehingga sebati. Curahkan atas kek kemudian ratakan Bila dah agak sejuk/beku baru boleh lorekkan dgn garpu secara melintang dan menegak selang seli.

Kek Coklat Kukus Badariah – Sumber Puan Badariah Ibrahim (ResepiNet)

Bahan-bahan:-

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko ( saya selalu pakai Van Houten)
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
2 biji telur (Gred A)
1 cawan gula pasir
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak (nak sedap lagi gunalah minyak Mazola)
1 cawan air panas

Cara Membuat:

1. Ayak bersama tepung gandum, soda bikarbonat, serbuk penaik dan serbuk koko.
2.Pukul telur, minyak, susu dan gula hingga sebati.
3. Masukkan tepung yang diayak tadi, kacau sebati lagi
4. Masukkan air panas dan kacau sebati lagi.
5. Kukus selama 1 jam.

Utk topping:

1/2 ketul buttercup
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat

Cara Membuat:
Cairkan coklat secara double-boiler

KEK COKELAT KUKUS Ain – Sumber NUNZAI aka Nooraini (ResepiNet) Bahan-bahan:

2 cawan gula castor
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan serbuk koko
2 sudu teh bikarbonat soda
1/2 sudu teh serbuk penaik
1 cawan minyak (mazola)
1 cawan susu cair
1 cawan air panas
1 sudu teh garam
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

Cara Membuat:

1. Pukul gula dan telur. Kemudiann masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk koko, serbuk penaik dan soda bikarbonat. Kacau sebati.
2. Masukkan susu cair, diikuti minyak. Kacau lagi sehingga sebati. Masukkan air panas, garam dan vanilla esen.
3. Masa kukus pun dlm 1 – 1 1/2 jam.

Pai Coklat (istimewa untuk pesakit diabetes)

Bahan-bahan:

1 cawan gula Equal-Lite
1/2 cawan serbuk coklat masakan
5 susu tepung jagung
3 cawan susu
3 biji kuning telur, dipukul
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh mentega
1 kulit pai (pie crust) 9 inci
Krim putar untuk hiasan, jika suka

Cara Membuat:

1. Masukkan gula Equal,serbuk coklat dan tepung jagung di dalam mangkuk. Gaul rata dan ketepikan.

2. Tuang susu ke dalam periuk bersaiz sederhana dan panaskan. Keluarkan 1/2 cawan susu dan masukkan kuning telur; kacau hingga sebati.

3. Masukkan campuran coklat tadi ke dalam susu dan kacau berterusan sehingga dipekatkan.

4. Setelah pekat, tutup api. Masukkan vanila dan marjerin. Kacau sehingga adunan menjadi sebati.

5. Masukkan adunan ke dalam kulit pai. Lapisi permukaan atas pai dengan krim putar jika suka. Sedia untuk dihidangkan.

Sumber http://www.resepi4u.com/

Muffin Coklat Kukus

Bahan A
2 1/2 cawan tepung superfine
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan gula perang
2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil garam

Bahan B
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
1 cawan air panas
1 sudu kecil esen vanilla

Cara.
1. Panaskan kukusan dan lapikkan acuan muffin dengan paper-cup
1. Ayakkan tepung, serbuk koko dan soda bikarbonate.
2. Gaulkan semua bahan A supaya sebati.
3. Masukkan bahan B dan gaulkan rata subaya sebati.
4. Masukkan adunan dalam paper-cup dan kukuskan selama 25 minit dengan api yg sederhana.
5. Angkat dan hidangkan

Dari resepi Hanieliza

Kek Kukus Coklat Moist

Bahan-bahannya:

1 buku mentega buttercup

1  1/2 cawan gula pasir

3 biji telur ayam

1 1/2 cawan tepung gandum

1 cawan susu cair

1 cawan serbuk koko

1 sudu teh serbuk penaik

1 sudu teh soda bikarbonat

1 sudu teh esen vanila

Cara Membuatnya:

1. Ayak tepung, serbuk penaik, serbuk koko dan soda bikarbonat.

2. Cairkan mentega. Setelah suam masukkan susu cair.

3. Pukul gula dan telur sehingga kembang. Setelah itu masukkan adunan mentega dan susu secara berselang sesi dengan tepung yang yang diayak. Kacau sebati

4. Sediakan acuan yang disukai dan tuangkan adunan memenuhi 2/3 bekas. Kukus selama 40 minit.

Kek Kukus Oren

Bahan-bahannya:

500g mentega

2 cawan gula kastor

6 biji telur ayam

2 1/2 cawan tepung naik sendiri

1g parutan kulit limau

3 sudu besar jus oren

Cara Membuatnya:

1. Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul.

2. Masukkan tepung, jus oren dan kulit oren, gaul rata.

3. Sediakan acuan yang disukai dan tuangkan adunan memenuhi 2/3 bekas.

4. Kukus selama 35 minit.

Kek Coklat Lembab

Bahan-bahannya:
2 biji telur
1 ½ cawan gula pasir
1 cawan susu cair
¾ cawan minyak masak
1 cawan air panas
1 ¾ cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
¾ cawan (40 gm) serbuk koko

Cara Membuatnya:
1. Ayak tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko. Ketepikan.
2. Pukul telur dengan gula sekejap sahaja(lebih kurang dua minit).
3. Masukkan susu cair diikuti dengan tepung yang telah diayak tadi.
4. Kemudian masukkan minyak masak dan akhir sekali air panas.
5. Sapukan minyak pada loyang pembakar dan bakar pada suhu 165 Celcius selama lebih kurang 40 minit.

Brownies

Bahan-bahannya:
1/2 cawan mentega
1 cawan gula putih
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1/3 cawan serbuk koko
1/2 cawan tepung serbaguna
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk penaik

Bahan-bahan untuk frosting:
3 sudu besar mentega dicairkan
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar madu
1 sudu teh esen vanila
1 cawan gula hangus

Cara Membuatnya:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 175 darjah Celcius.Sapukan minyak pada dulang pembakar.
2. Cairkan mentega dalam periuk dan alihkan. Masukkan gula,telur dan esen vanila.
Kacau sehingga sebati. Setelah itu masukkan serbuk koko, tepung serbaguna dan
serbuk penaik.
3. Kacau lagi sehingga sebati dan tuangkan ke dalam dulang pembakar.
4. Bakar dalam ketuhar selama 25 hingga 30 minit.
5. Bagi membuat frosting, masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan kacau sebati.
Sapukan ke atas brownies ketika ia masih panas.