Haruan Masak Lada Hitam

Bahan-bahan:


1 ekor ikan haruan (dipotong dua)
1 biji bawang besar (dimayang)
2 ulas bawang putih (diketuk)
5 cm halia (dihiris nipis)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Bahan-bahan:


1. Masukkan bawang, bawang putih, halia dan lada hitam dalam periuk berisi air dan biarkan mendidih.
2. Kemudian, masukkan ikan haruan dan biarkan mendidih lagi.
3. Masukkan garam secukup rasa dan asam keping.
4. Biarkan seketika hingga masak.


Sumber : Majalah Pa & Ma September 2006

Ungkep Ikan Haruan

Bahan-bahan:


1 ekor haruan sederhana besar
5 cm halia dihiris nipis-nipis
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji bawang besar (dimayang)
3 cm kunyit hidup (ditumbuk)
2 keping asam keping
2 cawan air
Garam secukup rasa

Cara membuat:


1. Masukkan bawang, bawang putih, halia dan kunyit dalam periuk berisi air dan biarkan mendidih.
2. Kemudian, masukkan ikan haruan dan garam secukup rasa.
3. Biarkan seketika sehingga mendidih lagi dan masukkan asam keping. Kacau dan biarkan ikan benar-benar masak. Sedia dihidang.


Sumber : Majalah Pa & Ma September 2006

Lobak Putih Goreng Kucai

Bahan-bahan:


1 batang lobak putih bersaiz sederhana (dihiris nipis)
Sedikit daun kucai (dipotong sepanjang 2 cm)
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
50g ikan bilis
1 camca minyak bijan
Garam secukup rasa

Cara membuat:
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan ikan bilis sehingga lumat.
2. Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
3. Masukkan lobak putih dan biarkan lembut. Kemudiankan kucai dan garam. Kacau sehingga semua bahan cukup masak.


Sumber : Majalah Pa & Ma September 2006

Kari Ikan Tenggiri

Bahan-bahan:

2 potong ikan tenggiri
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm kunyit
3 cm halia
3 sudu makan serbuk kari
1 batang kulit kayu manis
Sedikit bunga cengkih dan bunga lawang
Air asam jawa secukupnya
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:

1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, kunyit dan halia sehingga lumat. Campurkan bersama serbuk kari.
2.  Tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan bahan tumbuk yang dicampur serbuk kari sehingga naik bau.
3. Masukkan air asam secukupnya. Setelah mendidih, masukkan ikan.
4. Tambahkan garam dan biarkan hingga ikan masak.


Sumber : Majalah Pa & Ma September 2006

Ikan Kukus Istimewa

Bahan-bahan:


1 ekor ikan bawal putih ( boleh juga ikan lain yang tidak gatal seperti ikan tenggiri)
2 cm halia muda (dihiris nipis dan memanjang)
2 cm kunyit hidup  (dihiris nipis dan memanjang)
2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 cawan air asam jawa
Lada hitam secukupnya (ditumbuk halus)
Garam secukup rasa


Cara Membuat:
1. Ikan yang telah dibersihkan dimasukkan ke dalam mangkuk yang akan digunakan untuk mengukus.
2. Masukkan semua bahan dan kukus sehingga ikan benar-benar masak.
Sumber : Majalah Pa & Ma September 2006

Karipap Inti Ikan

Makanan Tradisi Terengganu

Bahan Kulit Karipap :
3 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin dan 2 sudu minyak(dicairkan)
Sedikit air

Cara Membuat:
1.Marjerin dan minyak dicairkan dan dituang semasa masih panas ke atas tepung gandum.
2.Kemudian masukkan air.Uli hingga menjadi doh.

Bahan Inti Karipap:
1 biji kelapa (ambil santan pekat dalam 2 cawan)
1 kg ikan selayang/mackerel/kembung } rebus dan asingkan isinya
1 sudu kecil halba
6 ulas bawang merah } mayang halus
1 inci halia} mayang halus
Garam secukup rasa

Cara Membuat:
1. Kisar isi ikan dengan santan hingga halus (atau ikut citarasa jika tidak mahu halus)

2. Masukkan dalam kuali isi ikan dengan santan, kacau hingga hampir kering.
3. Masukkan halba, bawang merah, halia dan garam secukup rasa
4. Kacau lagi sehingga inti tersebut agak kering
5. Boleh lah diangkat dan sejukkan.
6. Ambil doh karipap canaikan dan letakkan doh dalam acuan karipap.Masukkan sesudu inti. Boleh juga dikelim tepi karipap dengan tangan. Goreng sehingga kekuningan.

Nasi Impit Sambal Hitam

Makanan Tradisi Terengganu

Bahan-bahan Sambal Hitam:

Kelapa parut 1 biji (digoreng sampai garing)

Bahan B


5 ekor ikan selayang (rebus ambil isinya)
5 batang serai (hiris)
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
2 keping gula nisan/ gula melaka
Garam secukup rasa

Cara Membuat
1. Kisar bahan B kemudian an gaulkan dengan kelapa parut yang telah digoreng.

2. Gorengkan semua bahan di atas api sampai kering. Masukkan perasa.Kalau kurang manis tambahkan lagi gula melaka kerana sambal nasi impit lebih sedap jika rasanya sedikit manis.
3. Sejukkan dan kisar dengan kisaran kering agak-agak separuh lumat.
4. Sedia dimakan bersama nasi impit.

Kuih Bronok Sagu

Bahan-Bahan:

2 cawan biji sagu (rendam dulu selama 1 jam untuk kembangkan biji sagu)
1 1/2 cawan gula

3 sudu besar perisa sirap ros/ pewarna merah

2 cawan air
Kelapa parut ambil yang putihnya saja
Secubit garam

Cara membuat:

1. Sejat sagu yang direndam tadi. Masukkan ke dalam periuk bersama 2 cawan air.

2. Masukkan gula dan perisa sirap ros menggunakan api yang perlahan kerana sagu mudah melekat pada periuk jika api besar. Kacau tanpa henti hingga ia menjadi pekat.

3. Kacau sehingga sagu kelihatan berkilat.Jika terlalu keras hingga sukar nak kacau,tambah air sedikit dan kacau lagi. Tutupkan api.

4. Tuang ke dalam bekas dan sejukkan.Potong mengikut citarasa. Gaulkan kuih dengan kelapa parut yang telah digaul garam.

Kek Gula Hangus

Bahan-Bahan:

1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 camca besar mentega
1 sudu teh esen vanila

Cara Membuat:

1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus atau kekuningan. Masukkan air panas dan kacau hingga cair. Berhati semasa masukkan air, sebab gula tu akan meletup-letup.Tutup periuk untuk elakkan terkena percikan. Kemudian masukkan mentega.Sejukkan.

2. Pukul telur sehingga kembang dan pekat. Masukkan susu pekat dan kacau sebati.
3. Ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi sedikit.
4. Akhir sekali, masukkan gula hangus dan esen vanita.Kacau rata. Perap adunan selama 3-4 jam .
5. Bakar dgn api sederhana 160 -180 selama 45 ke 1 jam.

Kek Coklat Moist

Bahan-bahan:

250 gram mentega
2 cawan gula
2 cawan tepung }
1 sudu teh serbuk penaik } Di ayak
1/2 sudu teh soda bikarbonat }
6 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

1/2 cawan gula }
1 cawan koko } Masak atas api kecil, kacau sampai gula hancur.
1 cawan air } Tutup api, biarkan.

Cara Membuat:

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanila. Pukul sebati.
2. Lepas tu masukkan bahan kering yang telah di ayak berselang seli dengan bahan koko yang dimasak tadi. Buat selang seli sampai habis dan kacau sebati.
3. Sapu loyang dengan minyak atau butter dan lapik loyang dengan kertas minyak. Tuang adunan dalam loyang dan bakar selama 1 jam.

Coklat Fudge
400 gram coklat masak
susu cair (sukatan ikut pada likatan fudge)

Cara Membuat:

1. Masukkan coklat dan susu cair ke dalam periuk kecil. Kemudian letakkan periuk tadi ke dalam bekas yang lebih besar dan diletakkan air di dalamnya (cara double boiler).
2. Masak sehingga coklat cair dan kelikatan coklat yg cantik . Hiaslah kek anda mengikut citarasa.

Sumber: : kaklia-kaklia.blogspot.com/

« Older entries