Bedak Talkum Undang Maut?

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my 

PULAU PINANG 17 Feb 2009.- Amaran!!! Penggunaan bedak talkum boleh mengundang maut atau pelbagai penyakit termasuk kanser ovari. Ini kerana bahan utama bedak talkum mengandungi magnesium silicate hydroxide atau dikenali sebagai talc yang juga ramuan utama dalam bedak bayi, bedak berubat dan bedak wangi untuk tubuh termasuk yang berjenama terkenal.

Read the rest of this entry »

Kandungan Syampu Musnah DNA


Oleh Intan Mas Ayu Shahimi

KUALA LUMPUR: Beberapa jenama syampu di pasaran, termasuk yang popular dipercayai mengandungi bahan kimia formaldehid berlebihan sehingga mendedahkan pengguna kepada risiko kanser, alahan, ruam, kulit merekah dan lecur yang teruk.

Lebih menakutkan, formaldehid, bahan yang turut digunakan untuk mengawet mayat, boleh menyebabkan penuaan mendadak kepada pengguna, seterusnya membinasakan asid deoksiribonukleik (DNA) dan protein dalam badan pada jangka masa singkat sekiranya diambil dalam kuantiti berlebihan dan secara berterusan. Read the rest of this entry »

Suamiku..Itukah tanda cintamu?

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Suami ku…

Maafkan diriku jika kata-kataku mungkin menyakiti hatimu wahai suamiku. Cuma hati tertanya-tanya dan kadang kala timbul keraguan terhadap dirimu. Setiap hari kau katakan yang dirimu sangat menyayangi diriku. Setiap pagi kau memberikan kucupan di pipi dan kadang-kadang kau menghadiahkan ku sejambak bunga untuk membuat kejutan kepadaku, namun kenapa aku merasakan kau sebenarnya tidak menyayangiku.. Masihkah dikau ingat waktu hari kau melamarku, kau berjanji kepada kedua ibubapaku akan menjaga ku dan tidak sekali-kali akan melukakan diriku. Apabila akad berlangsung, aku merasa sangat sedih kerana terpaksa berpisah dengan kedua ibu bapaku, tapi aku redha. Redha kerana mahu mengikutmu seorang suami yang kononnya mampu membimbingku menjadi isteri yang solehah. Read the rest of this entry »

Sajak Kematian

KETUPAT SOTONG TERENGGANU

Makanan Tradisional Terengganu



Bahan-bahan:

1 kg sotong
400 gram beras pulut [rendam dalam 1 -2 jam]
5 cm halia (dimayang)
3 biji bawang merah (dimayang)
1 sudu besar halba
4 cawan santan [dari 1 biji kelapa]
Lidi kelapa dipotong 2 inci
1 sudu kecil gula
garam (secukup rasa)

Cara Membuat:

1. Sotong dibuangkan kulit nipisnya dan dibasuh sehingga bersih. Tos kering.
2. Kukuskan pulut sehingga naik wap.
3. Angkat pulut dan masukkan dalam mangkuk. Gaulkan dengan 1 cawan santan yg telah dicampurkan garam.
4. Gaulkan pulut sehingga sebati dan berminyak.
5.Masukkan pulut anggaran 3/4 badan sotong.
6. Tutup badan sotong dengan lidi kelapa yang dipotong supaya beras pulut tidak terkeluar.
7. Rebus sotong tersebut dengan 1 cawan santan sehingga masak dengan api sederhana.
8. Masukkan lagi 2 cawan santan ,halia, bawang, halba, gula & garam.
9. Masakkan sehingga mendidih dan agak pekat.

Sumber : http://hanieliza.fotopages.com/

ROJAK KATEH

Makanan Tradisional Terengganu

Rojak kateh merupakan sejenis makanan traditional yang terkenal di Terengganu. Ia merupakan urat keting lembu/kerbau yang direbus selama beberapa jam. Rebusan ini akan menyingkirkan semua lemak yang akan timbul dibahagian atas, meninggalkan bahagian urat yang bebas lemak sepenuhnya. Urat ini kemudiannya akan diambil dan dimasak bersama air cuka berlada. Cara membuatnya agak rumit dan mengambil masa.


Bahan-bahan:

Kaki lembu/kerbau
air secukupnya utk merebus

Bahan-bahan untuk Kuah (Sukatan mengikut citarasa sendiri)

Cili kering ~ rebus & kisar halus
Gula nisan/gula melaka ~ masak dengan air hingga larut
Garam secukup rasa
Gula pasir jika perlu
Cuka secukup masam

Cara Membuat:

1. Bersihkan kaki lembu dengan air dari segala kekotoran.
2. Sediakan bara api untuk membakar kaki lembu. Bakar kaki hingga hangus/hingga bulu-bulu halusnya terbakar. Kikis bahagian terbakar/bahagian hitam hingga bersih.Jika masih ada bulu-bulu yang tinggal bakar lagi dan kikis lagi. Proses ini perlu dibuat berulang kali hingga semua bulu-bulu pada kaki lembu tidak kelihatan. Caranya sama kikis dengan menggunakan pisau/parang kecil. Buang bahagian tapak kaki lembu yang keras dan hanya ambil bahagian yang lembut/rawan sahaja. Apabila kaki lembu sudah cukup bersih dan nampak putih (nampak isi dalamnya), hiris/lapah bahagian kulit/keting yang lembut itu hingga semuanya tanggal dari tulangnya termasuk bahagian rawan di tapak kakinya. Kemudian bahagian yang dihiris tadi dihiris pula halus2 memanjang anggaran 1 1/2 inci panjang.
3. Hirisan kulit/keting lembu tadi dibasuh dari habuk-habuk yang melekat dan tapis kemudian direbus dengan air yang banyak sehingga betul2 lembut dan kembang (ambil masa yang lama). Selepas direbus ia akan mengembang dan akan nampak jadi lebih banyak dari kuantiti asalnya. Apabila sudah lembut,tuangkan air rebusan tadi dan tapis kulit lembu tadi.
4. Dalam periuk yang lain,  masukkan air, air gula nisan, cili kisar, cuka dan garam secukup rasa hingga mendidih. Masukkan kulit lembu tadi dan masak hingga mesra. Rasakan apa yang kurang & boleh tambah mengikut citarasa sendiri. Rojak Kateh mesti ada rasa masam, pedas, manis & masin.

Sumber:http://shw.mamawandiha.fotopages.com/


KEROPOK LEKOR

Makanan Tradisional Terengganu

Bahan-bahan:

1/2 kg ikan selayang/parang/tamban
1/2 kg tepung sagu
garam secukupnya
sedikit kiub ais

Cara membuat

1. Ambil/kikiskan isi ikan, buangkan tulangnya.
2. Tumbuk atau kisar halus isi ikan sambil dibubuh garam.
3. Campur juga sedikit kiub ais semasa melakukan proses ini.
4. Kemudian bubuh tepung sagu secukupnya sambil diuli menjadi doh yang kenyal [kental].
5. Ambil sebuku kecil adunan ini dan kepalkan.
6. Gelekkan supaya menjadi seperti sebatang kayu.
7. Jerang air hingga mendidih dan masukkan keropok ke dalamnya.
8. Bila keropok timbul, angkat dan sejatkan di dalam penapis.
8. Biar sejuk sebelum dipotong pendek dan digoreng di dalam minyak panas.

Cara-cara Mengambil isi ikan
(dari http://myideahandzolah.blogspot.com/)

1. Potong/penggal kepala dan ekor

 


2. Buang sirip atas dan bawah bermula dr ekor ke atas


3.Buang Perut


4. Kalau nak buang kulit plak..tarik kulit dr bahagian ekor keatas perlahan2 utk kedua2 belah


5. Basuh bersih Ikan tersebut


6. Masukkan ibu jari kanan kat bahagian perut tekankan ibu jari supaya kita dpt pisahkan isi (tarik isi dgn tangan kiri disamping ibu jari kanan bergerak ke arah ekor)

Sumber :http://hanieliza.blogspot.com/

Bahaya Gula

Gula Putih

Sumber : Harian Metro
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

BERITA kenaikan harga gula selepas sambutan Tahun Baru Cina ini pasti meresahkan ramai pengguna. Mana tidaknya, dalam keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan ini, harga barang keperluan harian pula meningkat.

Memang ia berita yang kurang sedap didengar tetapi jika difikirkan semula, mungkin ini boleh dijadikan titik tolak untuk memperbaiki tahap kesihatan.

Sebenarnya semua orang, tidak kira kanak-kanak, remaja atau orang dewasa, tidak memerlukan gula. Gula hanya perisa yang mengandungi kalori tetapi tiada khasiat.

Ia digunakan hanya untuk menaikkan rasa makanan dan sebagai mana yang kita tahu, makanan manis memang lebih mudah diterima, terutama di kalangan kanak-kanak.

Manis dan masin adalah rasa yang dipelajari sejak kanak-kanak. Berbanding rasa masin garam, kemanisan gula lebih memikat selera.

Ini sebabnya ada ibu bapa memasukkan gula dalam makanan anak untuk menggalakkan mereka makan. Namun kesilapan kecil ini merangsang cita rasa anak terhadap makanan manis dan ia biasanya berlanjutan hingga dewasa.

Kajian Kementerian Kesihatan mendapati, rakyat negara kita mengambil kira-kira 125 gram sehari atau 875 gram seminggu; lebih dua kali ganda daripada had disaran iaitu hanya 50 gram atau tidak melebihi 10 camca teh.

Bukan rakyat Malaysia saja yang mengambil banyak gula, malah ia juga berlaku pada masyarakat Barat, termasuk Amerika Syarikat. Akhbar melaporkan, secara purata rakyat Amerika mengambil antara 900 hingga 1,350 gram gula seminggu!

Namun ini bukan perkara yang perlu dicontohi atau dijadikan saingan kerana banyak kajian menunjukkan pengambilan gula berlebihan hanya memudaratkan kesihatan. Malah, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris, menyarankan pengguna mengurangkan meminum minuman ringan yang dihasil menggunakan gula fruktosa yang mengandungi lebih 50 peratus gula sukrosa.

Katanya, penyelidik mendapati tindakan fruktosa dalam badan berbeza daripada gula jenis lain kerana ia dimetabolismakan dengan cara yang boleh menyebabkan pertambahan berat badan kerana ia tidak menghalang tindakan ghrelin iaitu hormon rasa lapar.

Maknanya, fruktosa meningkatkan kecenderungan kita untuk makan dan makan berlebihan itu adalah penyumbang utama kenaikan berat badan.

Gula sebenarnya adalah karbohidrat. Sumber penting tenaga. Nasi, bihun, mi, pasta, roti, sayuran berubi dan buah-buahan adalah makanan yang kaya karbohidrat. Jadi kita tidak perlu risau jika tidak mengambil gula kerana semua makanan yang diambil memang mengandungi gula karbohidrat, sama ada dalam bentuk semula jadi atau diproses. Karbohidrat juga ditukar ke bentuk gula ringkas dulu sebelum ia boleh digunakan sebagai tenaga.

Biasanya apabila bercakap mengenai gula, kita merujuk kepada gula sukros daripada tebu atau beet. Antara bentuk gula yang ada di pasaran ialah gula bertapis seperti sukrosa (gula pasir atau halus), dekstrosa (sirap jagung) dan sirap fruktosa (sirap) yang digunakan dalam penghasilan pelbagai makanan seperti roti, bijirin sarapan pagi, mentega kacang, mayonis, sos, kicap dan minuman ringan. Itu belum masuk makanan yang sememangnya manis seperti kek, biskut atau kuih muih.

Malangnya badan kita tidak dapat membezakan antara gula asli atau yang diproses kerana semuanya memberi kesan sama. Secara umumnya semua jenis gula, tidak kira apa jenis dan sumbernya (termasuk daripada karbohidrat) membekalkan tenaga sebanyak empat kalori bagi setiap gram.

Kita semua maklum, setiap tenaga berlebihan disimpan sebagai lemak. Bagi individu yang ada masalah berat badan, cita rasa terhadap makanan manis memburukkan keadaan dan menyukarkan proses menguruskan badan. Malah, ada yang menganggap gula bertapis (yang berwarna putih) sebagai punca kematian kerana di sebalik rasa manisnya, ia boleh menyebabkan pelbagai masalah kepada sistem imun, berat badan dan kesihatan secara keseluruhan.

Bagaimana gula boleh menjejaskan kesihatan?

– Gula putih menyekat sistem imun. Didapati gula putih boleh mengurangkan hayat dan jumlah sel darah putih yang menjadi ejen utama kepada sistem imun kita untuk menghalang jangkitan atau kemasukan benda asing ke dalam badan. Ada yang mengatakan gula juga membuatkan badan kita bersifat asidik yang menyebabkan kita lebih mudah diserang bakteria dan virus. Malah, gula juga menjadi makanan utama kepada bakteria dan fungus jika berlaku jangkitan.

– Gula putih dikategorikan sebagai makanan tinggi glisemik. Maknanya, ia menyebabkan paras gula darah meningkat cepat dan menjejaskan paras insulin. Maka ia dianggap makanan terlarang, terutama bagi pesakit kencing manis, kerana ia menyukarkan kawalan paras gula darah.

– Gula juga ada kaitan rapat dengan kanser. Walaupun kebanyakan doktor tidak mengenakan pantang larang makanan kepada pesakit kanser yang menerima rawatan, mengawal kandungan gula dalam darah membantu meningkatkan tahap kesihatan pesakit.

Kawalan paras gula dalam darah melalui penjagaan makanan, senaman, makanan tambahan dan ubat antara komponen penting dalam rawatan kanser.

– Mengurangkan pengambilan gula dianggap langkah penting untuk membantu menurunkan berat badan. Masalah dihadapi kebanyakan orang ialah mempunyai bekalan tenaga harian berlebihan daripada makanan dan minuman. Walaupun semua orang tahu bersenam itu penting bagi membakar (menggunakan tenaga), masih ada yang liat mengamalkannya. Tenaga yang berlebihan, ditambah pula tenaga daripada gula dalam minuman, turut menyumbang kepada pertambahan berat badan.

– Gula dan makanan manis adalah penyebab utama kepada kerosakan gigi seperti kerap dialami kanak-kanak. Bakteria dalam mulut menggunakan gula ini untuk menjadikan keadaan mulut lebih berasid bagi memecahkan lapisan enamel (lapisan gigi paling luar). Lama kelamaan, gigi akan berlubang. Apabila ini terjadi, banyak masalah lain menyusul, termasuk sakit gigi, jangkitan dan kehilangan gigi.

Tabiat makan yang terlalu kerap juga perlu dihentikan. Ini kerana apabila kita makan (khususnya makanan mengandungi karbohidrat), ia meningkatkan kemungkinan pereputan gigi kerana air liur lebih banyak digunakan untuk menghancurkan makanan, sedangkan air liur penting bagi meneutralkan tahap keasidan mulut.

Dalam kajian lain mendapati, masalah kesihatan gigi boleh menjadi penyumbang langsung kepada masalah jantung. Untuk mengelak masalah kesihatan yang lebih serius, kurangkan pengambilan gula dalam makanan harian.

Langkah untuk mengurangkan pengambilan gula:

– Baca label dan periksa kandungan gula sesuatu produk. Perkataan glukosa, sukrosa, fruktosa, dekstrosa, madu, gula perang dan semua jenis sirap bererti gula.

– Buat catatan, terutama bagi yang suka makanan manis. Catatan ini termasuk minuman manis (kopi, teh atau jus buah ketika sarapan), sajian pencuci mulut (kuih-muih, snek, gula-gula atau kek. Melalui cara ini, anda boleh membuat penilaian berapa banyak makanan manis yang anda ambil dalam masa sehari atau seminggu.

– Amalkan minum air masak setiap kali makan, terutama ketika makan tengah hari atau makan malam. Jika selama ini anda minum minuman manis, kurangkan kemanisan minuman anda. Pastikan anda juga meminta segelas air masak bersama minuman manis bagi menambah pengambilan air masak.

– Setiap 355 mililiter minuman ringan atau karbonat mengandungi kira-kira 10 camca teh gula. Ini bersamaan dengan saranan pengambilan gula harian daripada makanan dan minuman. Minuman ringan adalah sumber gula tambahan paling utama dalam diet kanak-kanak Amerika Syarikat. Senario ini tidak banyak berbeza dengan keadaan kanak-kanak di negara kita yang dibesarkan dengan pelbagai minuman ringan. Justeru, tidak hairan jika masalah obesiti kanak-kanak di Malaysia turut meningkat.

– Ketika membeli, pilih makanan atau minuman yang mempunyai label ‘kurang manis’.

– Gantikan snek makanan ringan atau sajian pencuci mulut kuih muih kepada buah-buahan.

Jejas kesihatan

– Gula putih menyekat sistem imun

– Gula putih dikategorikan sebagai makanan tinggi glisemik

– Gula juga ada kaitan rapat dengan kanser

– Mengurangkan pengambilan gula dianggap langkah penting untuk membantu menurunkan berat badan

– Gula dan makanan manis adalah penyebab utama kepada kerosakan gigi

Langkah

– Baca label dan periksa kandungan gula sesuatu produk

– Buat catatan, terutama bagi yang suka makanan manis

– Amalkan minum air masak setiap kali makan, terutama ketika makan tengah hari atau makan malam

– Setiap 355 mililiter minuman ringan atau karbonat mengandungi kira-kira 10 camca teh gula

– Ketika membeli, pilih makanan atau minuman yang mempunyai label ‘kurang manis

– Gantikan snek makanan ringan atau sajian pencuci mulut kuih muih kepada buah-buahan

Doa Dianugerahkan Isteri dan Keturunan Penyenang Hati

25_074

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata:

“Wahai Tuhan kami,  anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam  bagi orang-orang yang  bertaqwa”.

Surah Al Furqan [25] :74

Rojak Cara India

Bahan-bahan:

300g tauge

1 biji sengkuang (dihiris)

2 biji timun (dihiris)

5 keping tauhu goreng (dipotong)

3 keping cucur udang (dipotong)

3 biji telur rebus (dipotong)

 

Bahan Untuk Kuah:

300g kacang goreng  (ditumbuk)

20 biji cili kering

20 biji bawang merah ( dikisar)

5 ulas bawang putih (dikisar)

2 cawan air asam jawa

3 sudu besar gula pasir

4 sudu besar minyak masak

3 biji keledek (direbus dan dilecek)

Sedikit garam

 

Cara Membuat:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Kemudian masukkan kacang tanah dan air asam jawa.
  2. Masukkan keledek, gula dan garam. Masak sehingga mendidih sambil dikacau perlahan-lahan.
  3. Hidangkan bahan sayur-sayurannya, apabila hendak dimakan barulah tuangkan kuahnya.

« Older entries