Lobak Putih Goreng Kucai

Bahan-bahan:


1 batang lobak putih bersaiz sederhana (dihiris nipis)
Sedikit daun kucai (dipotong sepanjang 2 cm)
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
50g ikan bilis
1 camca minyak bijan
Garam secukup rasa

Cara membuat:
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan ikan bilis sehingga lumat.
2. Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
3. Masukkan lobak putih dan biarkan lembut. Kemudiankan kucai dan garam. Kacau sehingga semua bahan cukup masak.


Sumber : Majalah Pa & Ma September 2006

Rojak Betik

Makanan tradisional org terengganu

Bahan-bahan:

1 biji betik muda/mengkal (saiz sedang)
1/2 sudu teh kapur makan (utk mengeraskan betik yg disagat td)
2 biji timun


Bahan untuk Kuah

9 ekor ikan selayang (kalau nak kuah lebih pekat boleh lebihkan)
5 sudu besar cili boh (lebihkan juga kalau suka lebih pedas)
1 keping manisan (boleh juga guna gula melaka)
3 sudu besar gula
3 sudu besar kicap
1/2 cawan cuka @ boleh guna air asam jawa (pekat)
garam secukup rasa
1 1/2 liter air

Cara Membuat

  1. Sagat betik dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air. Hancurkan kapur makan dengan sedikit air. Tapiskan dan masukkan dalam rendaman betik tadi.
  2. Rendam betik tu selama 15 minit. Bilaskan bersih dan toskan. Potong timun nipis2.

Utk membuat kuah:

  1. Rebus ikan dengan sedikit air hingga masak. Sejukkan. Ambil isi ikan dan tumbuk lumat.
  2. Masukkan 1 1/2 liter air, cili boh, nisan dan kicap ke dalam periuk. Masaklah hingga mendidih. Biarkan selama 10 minit dan masukkan cuka.
  3. Cedukkan 2 atau 3 senduk kuah tu ke dalam isi ikan yang ditumbuk dan gaul sebati. Jangan sesekali masukkan isi ikan terus ke dalam kuah, nanti ikan tu berketul2. Tuang ke dalam periuk kuah dan biarkan mendidih.
  4. Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Kuah ni perlu ada rasa masam, manis dan pedas.

Utk. menghidang:

  1. Isikan betik ke dalam mangkuk dan letakkan hirisan timun di atasnya. Boleh juga letakkan hirisan nanas bagi yang sukakan makan nanas. Letakkan kuah atas bahan-bahan tadi dan rojak betik sedia untuk dimakan..

Sumber : myresipi.com

Tempe Masak Hijau


Bahan-bahan:

200 gram tempe (dipotong nipis dan digoreng)
100 gram ikan bilis (digoreng)
50 gram cili padi hijau (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
Serbuk perasa, garam dan gula secukupnya

Cara Membuat:

  1. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan serbuk perasa, gula dan garam secukupnya.
  3. Masukkan tempe dan ikan bilis yang digoreng tadi.Gaul sebati sehingga kering.

Bergedil Masak Lemak


Bahan-bahan A:

6 tangkai cili padi (dikisar)
50 gram ikan bilis(dikisar)
1 inci kunyit hidup (dikisar)
2 batang serai (dititik)
250 gram santan pekat
250 ml air

Bahan-bahan B (Bergedil):

4 bji kentang (digoreng)
1 paket kecil nasi impit
1 sudu besar lada hitam
1 sudu besar kiub ayam
2 tangkai daun sup (dihiris)
1 sudu besar daging hancur (dimasak terlebih dahulu)
1 sudu besar bawang goreng
4 biji telur (dipukul)

Cara Membuat Bahan A:

  1. Masukkan santan pekat, air serta bahan yang telah dikisar ke dalam periuk.
  2. Nyalakan api dan kemudian masukkan serai, daun kunyit dan serbuk perasa.
  3. Kacau semua bahan tadi hingga masak.

Cara Membuat Bahan B:

  1. Lenyekkan kentang yang telah digoreng.
  2. Kemudian, gaulkan kesemua bahan tadi dan kepalkan bulat-bulat mengikut citarasa saiznya.
  3. Celup kepalan bahan-bahan tersebut ke dalam telur yang telah dipukul.
  4. Goreng bergedil tadi ke dalam minyak yang cukup panas.
  5. Setelah semua bergedil digoreng, masukkan bergedel tersebut ke dalam gulai lemak yang telah siap dimasak.

Salad Brokoli (istimewa untuk pesakit diabetes)

Bahan-bahan:
100g brokoli, potong per kuntum
75 gram kentang dipotong dadu
50 gram biji jagung manis
50 gram lobak merah, potong persegi panjang
Bahan-bahan sos, kacau rata
4 sudu makan mayonis rendah lemak
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan air limau nipis
1 sudu teh serbuk oregano
1/2 sudu teh gula halus

Cara Membuat:

Kukus semua sayuran hingga masak, angkat.Letak sayuran rebus atas pinggan, lalu siram dengan sos. Sajikan semasa panas.

Nilai gizi per hidangan

Tenaga: 147.4 kkcal
Protien : 4.3 gram
Lemak : 1.1 gram
Karbohidrat : 32.5 gram
Serat : 1.2 gram

Kacang Panjang Tumis Tauge (istimewa untuk pesakit diabetes)

Bahan-bahan:
150 gram kacang panjang, dipotong 3 cm
100 gram tauge dari kacang soya
150 gram daging lembu tanpa lemak, digiling ( atau ditumbuk)
6 batang kucai, dipotong 2 cm
3 sudu makan minyak goreng tanpa kolesterol, untuk menumis
100ml air
6 ulas bawang merah, dimayang
5 ulas bawang putih dimayang
1 biji bawang bombay, dihiris
4 biji cili kering, dihiris serong
1 sudu teh serbuk lada putih
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula putih

Cara Membuat:

1. Tumis bawang merah, bawang putih dan bawang bombay hingga wangi.
2.Masukkan daging lembu giling, kacau sehingga berubah warna.
3.Tambahkan air, cili kering, lada putih, garam dan gula putih, kacau sehingga mendidih
4. Masukkan kacang panjang dan kucai. Biarkan sehingga kacang panjang masak. tambah tauge dan kacau sebentar. Angkat dan hidangkan.

Nilai gizi per hidangan

Tenaga: 218.7 kkcal
Protien : 33.1 gram
Lemak : 16.8 gram
Karbohidrat : 6.3 gram
Serat : 1.8 gram
Kolesterol : 35 gram

Terung Daging Cincang Berlada (istimewa untuk pesakit diabetes)

Bahan-bahan:
300 gram terung ungu, dibelah dua dan dipotong setebal 2 cm
150 gram daging lembu tanpa lemak, dicincang halus
3 sudu makan minyak goreng tanpa kolesterol untuk menumis
100 ml air
Bahan Kisar
15 biji cili kering
6 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula putih

Cara Membuat:

1. Tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan daging lembu cincang, kacau sehingga berubah warna.
3. Tambahkan air, kacau sehingga mendidih.
4. Masukkan terung, biarkan sehingga semua bahanmasak dan air kering. Hidangkan

Nilai gizi per hidangan

Tenaga: 168.5 kkcal
Protien : 8.6 gram
Lemak : 12.8 gram
Karbohidrat : 9.2 gram
Serat : 0.4 gram
Kolesterol : 26.3 gram

Sup Sayur Campur

Sumber : Majalah RASA – April 2004 (Resepi Ibu Dalam Pantang)

Bahan-bahan:
3 ulas bawang putih
1 kiub pati rebusan ayam
50 gm suun
40 gm kek ikan
30 gm bunga kobis
30 gm brokoli
30 gm cendawan
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Sedikit minyak

Cara Membuat
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang putih bersama kek ikan hingga wangi.
2. Masukkan air bersama pati rebusan ayam dan semua sayuran. Biar hingga mendidih.
3. Masukkan suun. Biar selama lima minit sebelum diangkat. Hidangkan.

Petua Orang Tua : Walaupun ada yang mengatakan ibu selepas bersalin tidak digalakkan menikmati makanan berkuah, tetapi harus diingat masalah sembelit mudah berlaku sekiranya mereka hanya ingin mengamalkan makanan kering. Sayur-sayuran tetap diperlukan oleh setiap ibu yang sedang berpantang.

Sambal Goreng Tempe

Bahan-bahan:

10 tangkai cili kering (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
3 biji kentang (dipotong dan digoreng)
2 paket tempe (digoreng)
20 g ikan bilis (ikut kesukaan)
20g kacang tanah ( digoreng dan ikut kesukaan)
Sedikit garam, gula dan serbuk perasa

Cara Membuat:

  1. Tumis bahan-bahan yang dikisar.
  2. Masukkan kentang, ikan bilis dan kacang.
  3. Akhir sekali masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Kacau hingga sebati.

Sayur Lemak Kubis

Bahan-bahannya:

¼ bahagian kubis dihiris

1 biji lobak merah dihiris

1 biji bawang merah

1 ulas bawang putih

1 tangkai cili merah dihiris

Sedikit ikan bilis dibersihkan

500g santan kelapa

1 sudu teh serbuk kunyit

Gula, garam dan serbuk perasa secukup rasa

Cara Membuatnya:

  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan ikan bilis.
  2. Masukkan lobak merah dan kubis.
  3. Masukkan sedikit air. Kemudian masukkan santan dan serbuk kunyit. Kacau supaya serbuk kunyit tidak berketul.
  4. Masukkan gula, garam dan serbuk perasa. Masak sehingga mendidih

« Older entries