BUBUR ASYURA TERENGGANU

Makanan Tradisional Terengganu


Bahan-bahan:

1 kg beras
1 kg bawang merah(1/2 kg  dikisar ,1/2 kg dijadikan bawang goreng)
1 kg gula
1 kg daging
1 ekor ayam [potong kecil]
2 kg santan
250 gram kacang hijau
500 gram ubi keledek
250 gram kerisik
5 batang serai
5 cm halia
5 ulas bawang putih
6 sudu besar rempah asyura [rempah khas untuk bubur asyura]
Garam secukup rasa

Topping/Hiasan
kelapa goreng
isi ikan hancurkan]
telur dadar [hiriskan]

Cara Membuat:

1. Masakkan beras, kacang, keledek,daging dan ayam sehingga lembut dan hancur.
2. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan serai.
3. Masukkan dalam rebusan beras dan daging tadi.
4. Masukkan rempah, kerisik, bawang goreng dan santan.
5. Masukkan garam dan kacau sehingga rata dan masak pekat.
6. Tuangkan dalam loyang atau bekas kecil.
7. Sejukkan dan boleh dihidangkan

Sumber: http://hanieliza.blogspot.com/

Apam Berkuah Terengganu

Makanan Tradisional Terengganu


APAM GANDUM


Bahan-bahan:

1 kg tepung gandum
3 – 5 keping gula nisan (atau gula melaka)
1 peket mauripan
Air secukupnya (lebih kurang 5 – 6 cawan)

Cara  Membuat Apam

  1. Masak gula nisan/ gula melaka dengan 2 cawan air sehingga cair,kemudian tapis dan biarkan sejuk
  2. Masukkan mauripan ke dalam air gula yang telah disejukkan.Kacau sehingga mauripan mengembang dan nampak berbuih.
  3. Ayak tepung gandum, tuangkan air gula tadi dan gaul rata (seeloknya gunakan tangan). Adunan mestilah seperti adunan cekodok ataupun sedikit lembik . Tambah air lagi jika tidak mencukupi.
  4. Biarkan adunan naik dalam 1/2 jam… kacau (kaupbalik) dan biarkan dia naik lagi. Ulang proses ini sebanyak 3 kali iaitu dalam 1/2 jam sekali. Untuk kaup balik kali ketiga terus tuangkan ke dalam loyang atau acuan kecil untuk kuih apam.
  5. Panaskan kukusan dan kukus apam sehingga masak (dalam 40 minit).

Nota: apam beras boleh juga untuk menggantikan apam gandum. Apam Eno kurang sesuai.

KUAH APAM

2 sudu besar ketumbar
1 susu besar jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu besar lada hitam
5 cm kulit kayu manis
3-4 kuntum bunga lawang
4-5 biji buah pelaga
2-3 cm kunyit hidup
2-3 cm lengkuas
2-3 cm halia
1 batang serai
3 sudu besar kerisik
3 sudu besar kelapa parut
3 ekor ikan selayang rebus/panggang tawar (ambil isinya)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Gula/gula nisan secukup rasa
Garam secukup rasa
1 biji kelapa ( untuk dapatkan santan pekat dan cair)

Cara Membuat:

1. Kesemua bahan-bahan di atas dikisar bersama.
2. Masak bersama dengan santan cair. Bila sudah agak kering baru masukkan santan pekat. Perasakan dengan gula nisan dan garam.


Sumber : http://mamawandiha.fotopages.com dan http://fromthekitchentohisstomach.blogspot.com/


KETUPAT SOTONG TERENGGANU

Makanan Tradisional Terengganu



Bahan-bahan:

1 kg sotong
400 gram beras pulut [rendam dalam 1 -2 jam]
5 cm halia (dimayang)
3 biji bawang merah (dimayang)
1 sudu besar halba
4 cawan santan [dari 1 biji kelapa]
Lidi kelapa dipotong 2 inci
1 sudu kecil gula
garam (secukup rasa)

Cara Membuat:

1. Sotong dibuangkan kulit nipisnya dan dibasuh sehingga bersih. Tos kering.
2. Kukuskan pulut sehingga naik wap.
3. Angkat pulut dan masukkan dalam mangkuk. Gaulkan dengan 1 cawan santan yg telah dicampurkan garam.
4. Gaulkan pulut sehingga sebati dan berminyak.
5.Masukkan pulut anggaran 3/4 badan sotong.
6. Tutup badan sotong dengan lidi kelapa yang dipotong supaya beras pulut tidak terkeluar.
7. Rebus sotong tersebut dengan 1 cawan santan sehingga masak dengan api sederhana.
8. Masukkan lagi 2 cawan santan ,halia, bawang, halba, gula & garam.
9. Masakkan sehingga mendidih dan agak pekat.

Sumber : http://hanieliza.fotopages.com/

ROJAK KATEH (VERSI MODEN)

Makanan Tradisional Terengganu


Bahan-bahan

1/2 kilo daging lembu (lebih sedap kalau guna daging tetel, yang ada lemak-lemak )
1 senduk kecil lada giling
2 senduk kecil cuka makan
Segenggam asam jawa (campur air dan diambil jusnya)
1 keping gula nisan/gula anau/gula melaka
Sedikit garam dan gula

Cara-cara

  1. Daging lembu atau daging tetel di rebus hingga betul-betul empuk. Setelah empuk, tos dan ketepikan. Jika saiz daging agak besar, boleh lah potong kecil-kecil.
  2. Panaskan kuali atas api sederhana dan masukkan lada giling, jus asam jawa dan cuka.
  3. Kalau terlalu pekat boleh masukkan sedikit air. Masukkan gula nisan/gula anau/gula melaka dan biarkan gula larut.
  4. Perasakan dengan garam dan gula. Kuah rojak kateh mengikut citarasa masing-masing. Yang penting ia mesti ada rasa masam, manis dan pedas sekali.
  5. Campurkan daging yang telah di potong kecil tadi ke dalam kuahnya dan biarkan sekejap. Agak-agak dah mendidih tu tutup api dan biarkan sejuk.

Sumber: http://www.myresipi.com/

ROJAK KATEH

Makanan Tradisional Terengganu

Rojak kateh merupakan sejenis makanan traditional yang terkenal di Terengganu. Ia merupakan urat keting lembu/kerbau yang direbus selama beberapa jam. Rebusan ini akan menyingkirkan semua lemak yang akan timbul dibahagian atas, meninggalkan bahagian urat yang bebas lemak sepenuhnya. Urat ini kemudiannya akan diambil dan dimasak bersama air cuka berlada. Cara membuatnya agak rumit dan mengambil masa.


Bahan-bahan:

Kaki lembu/kerbau
air secukupnya utk merebus

Bahan-bahan untuk Kuah (Sukatan mengikut citarasa sendiri)

Cili kering ~ rebus & kisar halus
Gula nisan/gula melaka ~ masak dengan air hingga larut
Garam secukup rasa
Gula pasir jika perlu
Cuka secukup masam

Cara Membuat:

1. Bersihkan kaki lembu dengan air dari segala kekotoran.
2. Sediakan bara api untuk membakar kaki lembu. Bakar kaki hingga hangus/hingga bulu-bulu halusnya terbakar. Kikis bahagian terbakar/bahagian hitam hingga bersih.Jika masih ada bulu-bulu yang tinggal bakar lagi dan kikis lagi. Proses ini perlu dibuat berulang kali hingga semua bulu-bulu pada kaki lembu tidak kelihatan. Caranya sama kikis dengan menggunakan pisau/parang kecil. Buang bahagian tapak kaki lembu yang keras dan hanya ambil bahagian yang lembut/rawan sahaja. Apabila kaki lembu sudah cukup bersih dan nampak putih (nampak isi dalamnya), hiris/lapah bahagian kulit/keting yang lembut itu hingga semuanya tanggal dari tulangnya termasuk bahagian rawan di tapak kakinya. Kemudian bahagian yang dihiris tadi dihiris pula halus2 memanjang anggaran 1 1/2 inci panjang.
3. Hirisan kulit/keting lembu tadi dibasuh dari habuk-habuk yang melekat dan tapis kemudian direbus dengan air yang banyak sehingga betul2 lembut dan kembang (ambil masa yang lama). Selepas direbus ia akan mengembang dan akan nampak jadi lebih banyak dari kuantiti asalnya. Apabila sudah lembut,tuangkan air rebusan tadi dan tapis kulit lembu tadi.
4. Dalam periuk yang lain,  masukkan air, air gula nisan, cili kisar, cuka dan garam secukup rasa hingga mendidih. Masukkan kulit lembu tadi dan masak hingga mesra. Rasakan apa yang kurang & boleh tambah mengikut citarasa sendiri. Rojak Kateh mesti ada rasa masam, pedas, manis & masin.

Sumber:http://shw.mamawandiha.fotopages.com/


ASAM GUMPAL

Makanan Tradisional Terengganu


Bahan-bahan :

500 gm sagu mata ikan
1 biji kelapa [3 cawan santan]
1 sudu besar halba
2 cm halia [dihiris ]
2 ulas bawang merah [hiris]
1 cawan kacang hijau
1 cawan gula

Cara Membuat:
1. Kacang hijau direbus sehingga empuk dan nampak pecah.
2. Bila nampak agak kering masukkan gula dan kacau sehingga betul-betul kering.
3. Tutup api dan biarkan sejuk.
4. Bulatkan inti kacang hijau dan ketepikan.
5. Sagu direndamkan dan toskan. Siramkan dengan air panas dan kacau rata.
6. Kepalkan sagu dan masukkan inti kacang hijau tadi.
7. Letakkan dalam kukusan. Kukuskan sagu sehingga masak.[lebih kurang 20 minit]
8. Masakkan santan dengan halia, halba, bawang merah dengan api perlahan sehingga mendidih.
9. Masukkan sagu dan masakkan sebentar.
10. Sejukkan dan hidangkan

Sumber:http://hanieliza.fotopages.com/

Pulut Serikaya @ Tok Aji Serban

Makanan Tradisional Terengganu

Bahan-bahan
Lapisan Bawah
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair dan sedikit garam

Lapisan Atas
3 cawan santan pekat
1/2 cawan gula pasir
½ cawan gula merah
1/2 cawan tepung gandum
3 biji telur
1 sudu teh garam

Cara Memasak
Lapisan Bawah
1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
2. Kukuskan sehingga masak.
3. Lapikkan plastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inci.
4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Lapisan Atas
1. Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.
4. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau plastik.

Sumber : http://hanieliza.blogspot.com/

Kuih Tepung Bunga

Makanan Tradisional Terengganu

Bahan-bahan:

500 gram tepung pulut
3 biji telur ayam
2 cawan air
Gula secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara Membuat:

  1. Bancuh tepung pulut dengan air hingga membentuk doh. Bentukkan doh sebesar guli dan leperkan .
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Pecahkan telur  dalam bekas dan pukul rata.
  3. Celupkan adunan tepung tadi dalam bancuhan telur dan goreng sehingga kekuningan. Angkat dan letakkan di atas tisu untuk menyerap minyak.



4. Aturkan dalam pinggan dan taburkan gula secukupnya.

KUIH PUTERI MANDI

Makanan Tradisional Terengganu


Bahan-bahan:

1 paket tepung pulut
1/2 cawan tepung beras
2 1/2 cawan air daun pandan
Inti:
1 biji kelapa parut muda
Gula melaka secukupnya
Air secukupnya

Cara Membuat:


1. Campurkan
tepung pulut, tepung beras dan air pandan.Gaul hingga sebati dan ketepikan.
2. Setelah itu, bentukkan doh dalam bentuk bulat-bulat kecil kemudian penyetkan ditengahnya supaya leper (seperti dalam gambar). Lakukan proses yang sama hingga semua doh habis dibentuk.
3. Sementara itu, didihkan 4 cawan air dan setelah selesai membentuk kuih, masukkan ke dalam air mendidih tersebut hingga masak.
4. Kuih akan kelihatan terapung apabila sudah masak, angkat dan toskan airnya.
5. Sementara itu, masak air gula melaka sehingga pekat dan masukkan kelapa parut. Masak sehingga kering atau ikut citarasa sekiranya ingin sedikit lembab.
6. Akhir sekali, masukkan kuih tadi gaul bersama inti hingga sebati.


Sumber :Majalah Rasa Januari 2003

PAUNG GORENG

Makanan Tradisional Terengganu


Bahan-bahan:

1/2 kg  tepung pulut
½ cawan tepung gandum
400 ml air
sedikit garam
minyak untuk menggoreng terendam

Bahan Inti
5 ekor ikan selayang
5 ulas bawang merah [hiriskan]
1 cawan santan
3 cm halia [hiris]
1 sudu kecil halba
1 sudu kecil gula
garam secukupnya

Cara membuat:

1. Ikan direbuskan dan sejukkan.
2. Ambil isi ikan dan hancurkan.
3. Masukkan semua bahan dalam kuali dan masakkan sehingga agak kering. Sentiasa kacau supaya tidak hangit.
4. Gaulkan tepung pulut dan tepung gandum bersama air.
5. Ambil sedikit dan bulatkan. Masukkan inti ikan dan bulatkan semula.
6. Gorengkan dalam minyak yg banyak dengan api paling perlahan (kerana mudah meletup).
7. Bila nampak keperangan angkat dan toskan minyak.

Sumber : http://hanieliza.blogspot.com/

« Older entries Newer entries »