Do’a Senjata Kaum Mukminin

Kaum muslimin hamba-hamba Allah yang dirahmati Allah subhanahu wa ta’ala, merupakan perkara yang telah diketahui oleh kaum muslimin, bahkan tidak samar lagi bagi seorang mukmin yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasul-Nya, bahawa do’a adalah ibadah dari sekian ibadah-ibadah yang Allah perintahkan kepada hanba-hamba-Nya.

Allah subhanahu wa ta’ala berfirman: “Berdo’alah kepadaKu pasti Aku kabulkan bagi kalian.” (Al-Mu’min: 60)

dan juga firman-Nya: “Jika hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku maka katakanlah bahwa Aku dekat (terhadap hamba-Nya) dan Aku mengabulkan do’a orang yang berdo’a, jika mereka berdo’a kepada-Ku.” (Al-Baqarah: 186)

Dari dua ayat diatas jelas adanya perintah dari Allah subhanahu wa ta’ala kepada para hamba-Nya agar berdo’a hanya kepada Allah subhanahu wa ta’ala saja. Hal ini kerana do’a merupakan ibadah yang agung. Bahkan do’a merupakan ibadah yang sangat penting, yang mana dengan ibadah do’a tersebut menunjukkan bahawa hamba yang berdo’a tersebut benar-benar lemah dan senantiasa sangat memerlukan kepada Allah subhanahu wa ta’ala. Juga, dengan berdo’a kepada Allah subhanahu wa ta’ala menunjukkan betapa rendahnya kedudukan hamba tersebut di hadapan-Nya, serta sangat memerlukan terhadap rahmat serta kasih sayang-Nya. Read the rest of this entry »

Advertisements

Hidup Mulia dengan Mengikuti Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam

Allah subhanahu wa ta’ala berfirman (ertinya): “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam suri tauladan yang baik bagi kalian (iaitu) bagi orang-orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari akhir dan dia banyak menyebut Allah.” (Al Ahzab: 21)

Para pembaca yang mulia, semoga Allah subhanahu wa ta’ala senantiasa mencurahkan rahmat dan taufiq-Nya kepada kita semua. Sibuk dengan ritual keagamaan belum menjadi jaminan seseorang telah shalih, alim, atau ahli ketaatan. Penampilan seseorang dalam beragama hendaknya diukur sejauh mana dirinya menerapkan amal shalih yang didasari keikhlasan dan mengikuti sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Tanpa dua prinsip dasar yang harus selalu beriringan ini, maka amaliah seseorang akan menjadi sia-sia. Ia akan mendapatkan kehampaan pahala dan terseret ke arah amaliah yang jauh dari agama Islam itu sendiri.

Tentu merupakan sebuah kewajiban setiap muslim untuk beramal dalam agama Islam ini dengan mengikuti segala apa yang diperintahkan dan dicontohkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Beragama yang baik dan benar bukanlah dengan dasar mengikuti amal perbuatan kebanyakan orang, bukan pula dengan mengikuti semangat yang menggebu semata atau kerana kagum dengan  tokoh tertentu. Akan tetapi menjalankan agama secara baik dan benar haruslah selaras dengan landasan keikhlasan kepada Allah subhanahu wa ta’ala dan amalannya mengikuti apa yang telah dituntunkan oleh rasul-Nya.

Kewajiban Mengikuti Sunnah Rasul shallallahu ‘alaihi wasallam dan Mengagungkannya Read the rest of this entry »

Sepucuk Surat Cinta Buat Suami

Kuuntai kalimatku dengan goresan pena ini, untukmu, suamiku yang kucintai, semoga engkau lebih berbahagia.

Membaca suratmu, wahai suamiku, menjadikan aku ingat masa lalu. Aku merasakan makna kalimat-kalimatmu sebagaimana aku rasakan tatkala engkau sampaikan kalimat-kalimat itu saat kita baru memulai hidup bersama dahulu. Kini, setelah semua berlalu, dan setelah aku hampir terlupa akan kalimat-kalimat itu, engkau goreskan kalimat itu untuk kedua kalinya. Kusampaikan jazakallohu khoiran, Suamiku, atas kebaikanmu, dan atas perhatianmu kepadaku, isterimu.

Suamiku yang kucinta… Read the rest of this entry »

Haruan Masak Lada Hitam

Bahan-bahan:


1 ekor ikan haruan (dipotong dua)
1 biji bawang besar (dimayang)
2 ulas bawang putih (diketuk)
5 cm halia (dihiris nipis)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Bahan-bahan:


1. Masukkan bawang, bawang putih, halia dan lada hitam dalam periuk berisi air dan biarkan mendidih.
2. Kemudian, masukkan ikan haruan dan biarkan mendidih lagi.
3. Masukkan garam secukup rasa dan asam keping.
4. Biarkan seketika hingga masak.


Sumber : Majalah Pa & Ma September 2006

Ungkep Ikan Haruan

Bahan-bahan:


1 ekor haruan sederhana besar
5 cm halia dihiris nipis-nipis
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji bawang besar (dimayang)
3 cm kunyit hidup (ditumbuk)
2 keping asam keping
2 cawan air
Garam secukup rasa

Cara membuat:


1. Masukkan bawang, bawang putih, halia dan kunyit dalam periuk berisi air dan biarkan mendidih.
2. Kemudian, masukkan ikan haruan dan garam secukup rasa.
3. Biarkan seketika sehingga mendidih lagi dan masukkan asam keping. Kacau dan biarkan ikan benar-benar masak. Sedia dihidang.


Sumber : Majalah Pa & Ma September 2006

Lobak Putih Goreng Kucai

Bahan-bahan:


1 batang lobak putih bersaiz sederhana (dihiris nipis)
Sedikit daun kucai (dipotong sepanjang 2 cm)
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
50g ikan bilis
1 camca minyak bijan
Garam secukup rasa

Cara membuat:
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan ikan bilis sehingga lumat.
2. Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
3. Masukkan lobak putih dan biarkan lembut. Kemudiankan kucai dan garam. Kacau sehingga semua bahan cukup masak.


Sumber : Majalah Pa & Ma September 2006

Kari Ikan Tenggiri

Bahan-bahan:

2 potong ikan tenggiri
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm kunyit
3 cm halia
3 sudu makan serbuk kari
1 batang kulit kayu manis
Sedikit bunga cengkih dan bunga lawang
Air asam jawa secukupnya
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:

1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, kunyit dan halia sehingga lumat. Campurkan bersama serbuk kari.
2.  Tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan bahan tumbuk yang dicampur serbuk kari sehingga naik bau.
3. Masukkan air asam secukupnya. Setelah mendidih, masukkan ikan.
4. Tambahkan garam dan biarkan hingga ikan masak.


Sumber : Majalah Pa & Ma September 2006

Ikan Kukus Istimewa

Bahan-bahan:


1 ekor ikan bawal putih ( boleh juga ikan lain yang tidak gatal seperti ikan tenggiri)
2 cm halia muda (dihiris nipis dan memanjang)
2 cm kunyit hidup  (dihiris nipis dan memanjang)
2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 cawan air asam jawa
Lada hitam secukupnya (ditumbuk halus)
Garam secukup rasa


Cara Membuat:
1. Ikan yang telah dibersihkan dimasukkan ke dalam mangkuk yang akan digunakan untuk mengukus.
2. Masukkan semua bahan dan kukus sehingga ikan benar-benar masak.
Sumber : Majalah Pa & Ma September 2006

Suamiku..Itukah tanda cintamu?

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Suami ku…

Maafkan diriku jika kata-kataku mungkin menyakiti hatimu wahai suamiku. Cuma hati tertanya-tanya dan kadang kala timbul keraguan terhadap dirimu. Setiap hari kau katakan yang dirimu sangat menyayangi diriku. Setiap pagi kau memberikan kucupan di pipi dan kadang-kadang kau menghadiahkan ku sejambak bunga untuk membuat kejutan kepadaku, namun kenapa aku merasakan kau sebenarnya tidak menyayangiku.. Masihkah dikau ingat waktu hari kau melamarku, kau berjanji kepada kedua ibubapaku akan menjaga ku dan tidak sekali-kali akan melukakan diriku. Apabila akad berlangsung, aku merasa sangat sedih kerana terpaksa berpisah dengan kedua ibu bapaku, tapi aku redha. Redha kerana mahu mengikutmu seorang suami yang kononnya mampu membimbingku menjadi isteri yang solehah. Read the rest of this entry »

Ikhlas Kerana Allah

Ikhlas kerana Allah,
Meluncur laju kala ditutur,
Menggenggam segumpal ikhlas,
Sukarnya ibarat menggenggam bara api,

Tiada terasa akan panasnya,
Kala redha dan iman memenuhi segenap sanubari,
Bara digenggaman ibarat intan kemilau cemerlang,
Terasa panas bak lahar,
Kala api amarah dan nafsu membakar jiwa,
Lantas segumpal ikhlas tercampak dari genggaman,
Tersirna segunung pahala,
Ibarat debu dipuput sang bayu,
Lantaran riak dan satu ungkitan,
Lantaran Allah dan Rasul bukan panduan

Ikhlas kerana Allah,
Menggenggamnya hingga akhir hembusan,
Ganjarannya syurga idaman,
Bukan mudah terus digenggaman,
Amarah, nafsu dan syaitan ingin menawan,
Berjuang dengan sejuta ujian,
Andai berjaya terus digenggaman,
Andai tersungkur terlepas dari genggaman,
Pahala tersirna kerana satu kekhilafan,
Read the rest of this entry »

« Older entries Newer entries »