Masak Pindang Ikan Haruan

Sumber : Majalah RASA – April 2004 (Resepi Ibu Dalam Pantang)

Bahan-bahan:
1 ekor ikan haruan
2 cawan air
1 biji bawang besar dihiris
2 biji cili merah
5 keping asam keping
2 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan Kisar
5 ulas bawang putih
1 ½ cm kunyit hidup
1 sudu makan lada hitam

Cara Membuat:
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga naik wangi.
2. Masukkan air dan tunggu mendidih. Sambil itu masukkan ikan.
3. Setelah ikan hampir masak, masukkan asam keping dan cili merah dan bawang besar yang dihiris. Masakan ini boleh dihidangkan dengan nasi panas.

Ikan Haruan Masak Lada Hitam


Sumber : Majalah RASA – April 2004 (Resepi Ibu Dalam Pantang)

1 ekor ikan haruan
1 cawan santan
1 biji bawang besar – dihiris
1 sudu makan lada hitam – ditumbuk
1 ½ sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan hiris halus
4 ulas bawang putih
1 ½ cm kunyit hidup
1 ½ cm halia

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga wangi. Masukkan santan dan lada hitam.
2. Setelah mengelegak, masukkan ikan haruan, lada hitam, hirisan bawang besar dan garam secukup rasa.
3. Masak sehingga pekat. Hidangkan.

Ikan Masak Kicap

Bahan-bahan:

2 ekor  ikan cencaru (digoreng)
3 biji bawang merah (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
2 inci halia (dikisar)
6 tangkai cili kering (dikisar)
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
2 biji bawang besar (dipotong bulat)
2 tangkai cili merah (dibelah)
2 tangkai cili hijau (dibelah)
Sedikit garam dan serbuk perasa

Cara Membuat:

  1. Tumis kesemua bahan kisar hingga garing.
  2. Masukkan secawan air beserta sos cili, sos tiram dan kicap pekat.
  3. Tambahkan sedikit serbuk perasa dan garam, kacau hingga sebati.
  4. Setelah menggelegak masukkan cili yang telah dibelah dan bawang yang dipotong bulat.
  5. Akhir sekali baru masukkan ikan yang telah digoreng.

Sumber Majalah Mingguan Wanita

Ikan Tiga Rasa

Bahan-bahannya:
1 ekor ikan bawal atau siakap (bersihkan dan kelar kedua belah badan)
Tepung jagung (untuk dilumur pada ikan)
1 labu bawang besar (di mayang )
2 ulas bawang putih  (dimayang)
1 sudu besar halia (dimayang)
Minyak untuk menggoreng

Bahan Sos
½ cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar air
1 sudu kecil gula

Bahan Hiasan
1 pokok daun bawang [potong 3 – 4 cm]
2 biji cili merah (dihiris)
2 biji cili hijau (dihiris)
2 biji buah tomato (dibelah 4)

Cara
1. Lumurkan tepung jagung pada keseluruhan ikan.
2. Gorengkan ikan  sehingga masak dan kuning keeemasan. Angkat dan letakkan dalam pingan hidangan.
3. Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 sudu besar minyak untuk tumis bahan sos sehingga wangi.
4. Kacau rata sehingga mendidih. Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
5. Curahkan kuah sos ke atas ikan di dalam pinggan hidangan.

Newer entries »