Coretan Untuk Bakal Isteri

Assalamualaikum wrt. wbt.

Untukmu, Bakal isteriku..

Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan “Kau tercipta untukku.”

Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.

Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan ‘sempurna’ di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.

Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz. Diriku diselubungi jubah, digelar syeikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf digelar daie. Bukan itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana perawakanku dan perwatakanku. Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, “Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita.”

Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya. Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga. Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari dirimu. “Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.”


Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.

Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.

“Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.”

Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin. Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.

Dariku,

Bakal suamimu.


Sumber :http://www.iluvislam.com/

Antara Perempuan dan Muslimah


Perempuan
Apabila teruna memerhatikannya,
Perempuan akan membalas renungan matanya

Apapila teruna mendekati selangkah,
Perempuan datang berpuluh langkah

Apabila teruna memujuk rayu,
Perempuan lemah dalam pangkuannya

Apabila teruna memberi harapan,
Perempuan hanyut dalam angan langkah

Muslimah
Apabila teruna memandang nya,
Muslimah tunduk mengelak panah syaitan

Apabila teruna mendekati selangkah,
Muslimah berundur beribu langkah

Apabila teruna memujuk rayu,
Muslimah anggap itulah kalimah iblis

Apabila teruna menutur harapan indah,
Muslimah yakin janji-Nya lebih bahagia di sana

Kerana Muslimah mengerti dan menyedari
Akan erti maruah peribadi sejati
Yang diselaputi iman yang hakiki
Yang tidak mudah dicemari…

Sumber: http://ntvirus.wordpress.com/2008/10/18/

Wanita : Jangan Pernah Sesekali Berkata…..

Jangan pernah sesekali berkata…
Diriku adalah umpama mawar berduri
Tapi katakanlah…
diriku seorang wanita yang berusaha menjadi sekuntum mawar berduri

Jangan pernah sesekali berkata…
Diriku adalah wanita solehah
Tapi katakanlah…
diriku seorang wanita yang berusaha menjadi seorang wanita solehah

Jangan pernah sesekali berkata…
Diriku adalah seorang mujahidah sejati
Tapi katakanlah..
Diriku adalah seorang wanita yang berusaha menjadi mujahidah sejati

Jangan pernah sesekali berkata…
Diriku adalah wanita berakhlak mulia
tapi katakanlah…
Diriku adalah seorang wanita yang berusaha untuk berakhlak mulia

Kenapa duhai wanita..
Kerana kutakut dirimu akan berhenti berusaha
dan berdoa serta merasa puas dengan pujian manusia
Ku khuatir di sisi Allah dirimu belum mencapai tahap itu

Walau seribu insan mengatakan dirimu
Sekuntum mawar berduri,wanita solehah
Mujahidah sejati mahupun wanita berakhlak mulia
Bukankah  penilaian Allah terhadapmu paling utama

Jangan dirimu harapkan pujian insan
harapkanlah pujian di sisi Allah dan penduduk langit
Bukankah apabila Allah mencintai hambaNya
Maka dia juga dicintai seluruh penduduk langit dan bumi

Carilah redha Ilahi
jangan dicari redha manusia
kerana apabila redha ilahi yang dicari
Pasti manusia turut redha padamu…


Aku dan Kanvas Kehidupan


Aku ibarat pelukis di kanvas kehidupanku
mewarna dan mencorak
dengan warna- warna
yang dititipkan Rabb buatku
Adakala warna- warna yang hadir mengujakanku
untuk terus berkarya di kanvas hidupku dengan penuh ceria
Namun adakala warna-warna suram yang hadir
Terasa lemah segenap raga untuk terus melukis

Bungkam….terkesima…
Terasa lesu meneruskan lukisan ini
Kosong, sepi, keliru dan pilu menyelimuti..
Tiba-tiba kutersentak…
Bukankah apa jua warna yang hadir adalah hadiah dari rabbmu
Mengapa tidak kau redha dengan warna pilihan Allah buatmu


Ya Allah, Ya Rahman..aku khilaf..aku tersasar..
Ampunilah segala dosaku
Aku adalah hambaMu
Tidak layak untukku memilih warna kehidupan mengikut kehendakku
Apa jua warna pilihanMu adalah terbaik buatku
“Bolehjadi apa yang kamu cintai itu tidak baik untukmu”
“Dan bolehjadi apa yang kamu benci itu baik untukmu”
Pasrah…..
Ya Rahiimm..aku redha apa jua kehendakMu
Berilah aku kekuatan, kesabaran dan keikhlasan
Terus mewarna dan mencorak lukisan ini dengan petunjukMu
Biar apapun warna yang Kau takdirkan dalam lukisan ini
Kau berbekalkanlah diriku dengan iman dan taqwa..

Ya Rabb…
Ampunilah segala dosa-dosaku yang umpama buih di lautan
Pimpinlah diriku meneruskan lukisan hidup ini
Jauhilah aku dari kekecewaan dan putus asa
Tumbuhkanlah sifat redha dan sabar dalam kalbuku
Jadikanlah diriku hambaMu yang Kau cintai
Kembalikanlah diriku ke hadratMu
dalam keadaan aku redha padaMu
dan Engkau redha padaku….
Masukkan aku ke dalam Jannatul FirdausMu
Amin..

Umat Islam Pasti Berpecah Belah Akan Tetapi Wajib Bersatu

Fitnah yang muncul pada akhir zaman bahawa umat Islam berpecah-belah menjadi beberapa golongan, masing-masing mengaku kelompoknya yang benar, seperti halnya orang Yahudi dan orang Nasrani, mereka berpecah-belah dan mengaku bahawa hanya golongannya yang benar


“Dan orang-orang Yahudi berkata : ‘Orang Nasrani itu tidak mempunyai suatu pegangan’, Dan orang-orang Nasrani berkata : ‘Orang-orang Yahudi tidak mempunyai sesuatu pegangan’. Padahal mereka (sama-sama) membaca Al-Kitab”
[Surah Al-Baqarah : 113]

Adapun dalil yang menjelaskan bahawa umat Islam pada akhir zaman pasti berpecah-belah diantaranya adalah hadith Anas bin Malik Radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam.
“Sesungguhnya bani Israel berpecah-belah menjadi tujuh puluh satu, dan sesungguhnya umat ini akan berpecah-belah menjadi tujuh puluh dua, semuanya di neraka kecuali satu, dan dia adalah jama’ah” [HR Ibnu Majah ; 3983] Dishahihkan Al-Albani Shahih Ibnu Majah 2/364.
Yang dimaksud jama’ah di dalam hadith ini adalah yang kembali kepada yang haq, atau sebagaimana yang diterangkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam iaitu orang yang berpijak kepada Sunnahku pada hari itu dan Sunnah para sahabatku.

 

Perpecahan umat Islam ini merupakan takdir kauni (kehendak Allah untuk menciptakannya) bahawa pada akhir zaman umat Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam pasti berpecah-belah, akan tetapi bukan bererti kita boleh berpecah-belah, sebagaimana dalil yang selalu dikumandangkan oleh orang ahli bid’ah dalam rangka menutup aib mereka, mereka berdalil dengan hadith palsu

ikhtilafu umati rahmat’ (perpecahan umat ini adalah rahmat).

Ketahuilah perkataan itu bukan hadith Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam akan tetapi hadith palsu. Syaikh Al-Albani berkata : “Para pakar ahli hadith telah cuba mencari sanad hadith ini akan tetapi tidak menemukannya” [Lihat Silsilah Ahadits Dho’ifah 1/141]

Dalil mereka ini tidak masuk akal, kerana mustahil orang yang berselisih dan berpecah-belah hidupnya penuh dengan rahmat. Bukankah pasangan suami-isteri bila berselisih terancam jiwanya, bagaimana berselisih dalam hal aqidah dan ibadah merasa suatu rahmat?! Oleh kerana itu ahli bid’ah dan orang yang fanatik golongan merasa sakit hatinya apabila dikritik kesalahannya.

Ketahuilah perpecahan umat ini merupakan ujian bagi orang yang beriman, hendaknya mereka memilih jalan yang benar dan meninggalkan kelompok tersesat lainnya. Adapun dalil wajibnya kita bersatu, tidak boleh berpecah-belah dan bergolong-golongan.


“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara” [Surah Ali-Imran ; 103]

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

“Sesungguhnya Allah meredhai kamu tiga perkara dan membenci kamu tiga perkara ; Dia meredhai kamu apabila kamu beribadah kepadaNya dan tidak menyekutukan sesuatu kepada-Nya, dan apabila kamu berpegang teguh kepada tali Allah semua dan kamu tidak berpecah-belah” [HR Muslim : 3236]

BAGAIMANA AGAR UMAT ISLAM BERSATU?
Ayat dan hadith di atas menunjukkan cara untuk menyatukan umat Islam, iaitu kita harus kembali kepada tali Allah, sedangkan makna tali Allah ialah Al-Qur’an dan Sunnah sebagaimana dijelaskan di dalam hadith.

“Kitab Allah adalah tali Allah yang menjulur dari langit ke bumi” [Lihat Silsilah As-Shahihah 5/37]

Adapun dalil yang menunjukkan bahawa As-Sunnah termasuk tali Allah, sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam.

“Aku tinggalkan kepadamu dua perkara, kamu tidak akan tersesat selamanya iaitu kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya’ [HR Imam Malik 1395 bersumber dari Umar bin Khaththab Radhiyallahu ‘anhu dihasankan oleh Al-Albani di dalam kitabnya Manzilatus Sunnah fil Islam 1/18]

Pada zaman sekarang umat Islam tidak cukup hanya bepegang kepada Al-Qur’an dan hadith yang shahih untuk menyatukan umat, kerana ahli bid’ah pun mengaku berpegang kepada Al-Qur’an dan Sunnah, akan tetapi mereka berselisih dan berpecah-belah, kerana itu tidaklah umat Islam akan bersatu melainkan apabila di dalam berpegang kepada Al-Qur’an dan hadith yang sahih disertai dengan pemahaman dan manhaj salafus soleh, dari kalangan para sahabat, tabi’in dan ahli hadith. Sebab jika tokoh umat memahami dalil nas dengan pemahaman salafus soleh nescaya mereka tidak akan berpecah belah walaupun mereka berselisih dalam suatu masalah, kerana khilaf mereka jatuh pada masalah ijtihadiah.

Adapun dalil wajibnya kita memahami dalil nas dengan pemahaman salafus soleh adalah sebagai berikut.


“Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan merekapun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya ; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar” [Surah At-Taubah : 100]

Dalam ayat di atas Allah memuji sahabat dan orang yang mengikuti mereka dengan baik, yang sekarang dikenal dengan nama ahlus sunnah wal jama’ah atau pengikut as-salafush sholih.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

“Maka barangsiapa yang menjumpai itu (perpecahan umat) hendaknya dia berpegang kepada Sunnahku dan Sunnah para kholifah yang menunjukkan kepada kebaikan dan mendapat petunjuk, gigitlah Sunnah ini dengan gigi geraham” [HR Tirmidzi 2600 dan lainnya dishahihkan Al-Albani lihat Silsilah As-Shahihah 6/610]

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak hanya berpesan kepada umatnya agar berpegang kepada Sunnahnya saja, akan tetapi kepada Sunnah sahabat pula.

Dari Abu Burdah Radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

“Dan sahabatku adalah orang yang dapat dipercaya untuk umatku, maka jika mereka telah pergi, maka akan datang apa yang dijanjikan kepada umatku” [HR Muslim: no 4596]

Imam An  Nawawi rahimahullah berkata :

“Adapun makna “apa yang dijanjikan” iaitu munculnya bid’ah, perkara baru dalam urusan agama, dan munculnya fitnah”     [Syarah Imam Muslim 16/83]

Selanjutnya orang yang menolak pemahaman para sahabat maka akan diancam menjadi orang yang tersesat.

“Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mu’min. Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali”

[Surah An-Nisa : 115]

Syaikh Al-Albani berkata : “Benarlah apa yang dikatakan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, bahawa umat Islam pada zaman sekarang –kecuali sedikit di antara mereka- tatkala mereka tidak berpegang teguh dengan kitab Allah dan Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam mereka tersesat dan hina, yang demikian itu kerana mereka berpegang kepada pendapat pemimpin mereka.

Tatkala terjadi perselisihan, pendirian mereka pada dasarnya kembali kepada pemimpin mereka, jika ada ayat yang sesuai dengan mereka, mereka ambil, jika tidak, mereka menolaknya. Bahkan sebahagian mereka berkata : “Setiap ayat atau hadith yang bertentangan dengan pendapat mereka, maka dimansukh (dihapus)”. Semoga Allah merahmati Imam Malik rahimahullah, beliau berkata : “Dan tidak akan baik umat pada akhir zaman ini melainkan apabila mereka kembali sebagaimana ulama pertama memperbaiki umat” [Hajjatun Nabi 1/71]

Kesimpulannya para pemimpin masyarakat hendaknya mengajak umat agar kembali kepada pemahaman salafus soleh tatkala mengambil dalil dari Al-Qur’an dan As-Sunnah, agar umat tetap bersatu dan tidak timbul perasaan benar sendiri dan menyalahkan orang benar.

Pemimpin umat hendaknya hati-hati dalam memimpin umat jangan sampai menjadi penyebab kerosakan umat.

Dari Tsauban Radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

“Sesungguhnya yang paling aku takutkan dari umatku adalah para pemimpin yang menyesatkan”                                     [HR Tirmidzi 2155 dishahihkan oleh Al-Albani Shahihul Jami’ 2316]

Pemimpin umat hendaknya takut di hadapan pengadilan Allah pada saat pengikut mengadu pada hari kiamat. Baca surat Ibrahim : 21-22 dan surat Ghofir : 47-48, surat As-Saba : 31-33. Mudah-mudahan Allah Subhanahu wa Ta’ala memberi petunjuk kepada kita semua, menjadi pemimpin yang mengajak umat kepada yang haq yang diredhai oleh Allah Jalla Jala Luhu.

Dinukil dari artikel Nasehat Untuk Pendiri Organisai, Jama’ah Dan Partai, [Tafsir Al-Qur’an Surat Al-An’am ; 159]. Majalah Al-Furqon, Edisi 6, Th. Ke-7 1429/2008.

Maafkan Ibu, Bidadari Kecilku…..


Malam belum seberapa tua, mata anak sulungku belum juga boleh dipejamkan. Beberapa buku telah habis kubacakan hingga aku merasa semakin lelah.

“Kamu tidur ye Dila, ibu dah penat baca buku, kamu tak tidur-tidur juga,” pintaku .

Ditatapnya dalam wajahku, lalu kedua tangannya yang lembut membelai pipiku. Dan, oh Subhanallah, kehangatan terasa merasuki tubuhku ketika tanpa berkata-kata diciumnya kedua pipiku. Tak lama kemudian, dia

meminta dihantarkanke tandas dan gosok gigi. Ia tertidur kemudian, sebelumnya diucapkannya salam dan maafnya untukku.

“Maafkan kakak ya, ibu. Selamat malam,” ujarnya lembut. Kebiasaan itulah yang berlaku dalam keluarga kami sebelum tidur. Aku menghela nafas panjang sambil kuperhatikan si sulung yang kini telah menginjak sembilan tahun. Itu ertinya telah sepuluh tahun usia pernikahan kami.

Dentingan jam di dinding telah beranjak menuju tengah malam. Jam 12.35 pagi ketika kuterdengar dua ketukan di pintu. Itu ciri khas suamiku. Seperti katanya sebentar tadi di telefon, dia akan pulang lambat kerana ada urusan penting yang tidak boleh ditunda esok. Suami tercinta sudah di muka pintu. Cepat kubukakan pintu setelah sebelumnya menjawab salam.

“Anak-anak sudah tidur?” Pertanyaan itu yang terlontar setelah dia membersihkan diri dan menghirup air hangat yang aku tawarkan. “Sudah,”jawabku singkat.

“Kamu nampaknya sungguh penat. Dila baik-baik saja?” Aku menggangguk. “Ya, saya  memang penat. Tapi saya bahagia sekali, bahkan saya ingin seperti ini seterusnya.”

Lelaki berusia tiga puluh lima tahun itu menatapku dengan sedikit bingung. “Akan selalu ada do’a untukmu, kerana keikhlasanmu mengurus anak-anak dan suami tentunya. Dan aku akan minta pada Allah untuk memberimu pahala yang banyak,” hiburnya kemudian.

Aku tahu betapa dia sangat  ingin tahu apa yang hendak aku katakan, tapi dia tak mau memaksaku untuk bercerita. Tak sanggup aku menahan gejolak perasaan dalam dada yang sepertinya hendak meledak. Kurangkul erat tubuhnya. “Maafkan aku bang,” bisikku dalam hati.

Pagi ini udara begitu cerah. Dila, sulungku yang semalam tidur paling akhir menjadi anak yang lebih dulu bangun pagi. Bahkan dia membangunkan kami untuk solat subuh bersama. Mandi pagipun tanpa dipimpin lagi. Dia membantu adiknya, Helmi, memakai seluar. Dila memang telah berupaya membantuku mengurus adiknya. Tidak hanya itu, menyapu halamanpun dia lakukan. Tapi itu dengan catatan, kalau ia sedang benar-benar ingin melakukannya. Kalau anginnya datang, wah, wah, wah.

Inilah yang ingin aku ceritakan. Dila kerap marah berlebihan tanpa sebab yang jelas, sehingga membaling benda-benda berdekatannya, menggulingkan badan di lantai dan memaki hamun dengan kata-kata kotor. Memang aku pernah melakukan suatu kesalahan saat aku geram menghadapi perangainya. Kerana terlalu marah dan geram yang tak tertahan , aku menghempas pintu dan dia melihat perlakuanku. Tentu akhirnya Dila meniru perbuatanku itu.

Penuh rasa sesal saat itu, aku berjanji untuk tidak melakukan hal itu kembali. Kuberikan penjelasan pada Dila bahwa aku salah dan hal itu tak boleh ia lakukan. Entah ia mengerti atau tidak. Hari itu Dila bangun agakl ewat kerana kebetulan hari minggu.Pakaiannya basah kena air kencing di tilam. Padahal dia biasanya tak begitu. Segera saja kusuruhnya mandi. Tapi Dila menolak, dengan alasan mahu minum susu.

“Boleh, tapi setelah minum susu , kakak cepat-cepat mandi ya, sebab baju kakak basah kena air kencing” .Dila menyetujui perjanjian itu. Tapi belum lagi lima minit setelah habis susu segelas, ia berhambur keluar kerana mendengar teman-temannya sedang main.Mandipun dia tidak mahu. Aku masih bertolak ansur. Tapi tak lama kemudian, “Kak Dila. mandi dulu,” aku setengah menjerit  memanggilnya kerana dia sudah berada di antara kumpulan kanak-kanak yang sedang main lompat tali.

“Sebentar lagi ibu. Kakak mahu melihat Nisa dulu,” begitu jawabnya.

Aku masih belum bertindak. Kutinggal dia sebentar kerana Helmi merengek meminta susu. Setelah membuatkan susu untuknya, aku keluar rumah lagi. Kali ini menghampiri Dila.

“Dah cukup, sekarang masa kamu untuk mandi”, bisikku perlahan di telinganya. Dila bertindak menamparku keras, “Nanti dulu!” aku tersentak, mendadak amarahku tidak terbendung lagi. Aku menampar Dila hingga meninggalkan bekas merah di pipi kanannya. Tanpa berkata-kata lagi, kuseret tangannya sekuat tenaga. Dila terus meronta. Kakiku digigitnya. Aku mencubitnya. Seumpama satu pertarungan besar antara apabila kami saling memukul dan meninggikan suara. Setibanya di bilik mandi kusiram Dila berulang-ulang, kugosok badannya dengan keras, kumenyabun dan kusiram lagi hingga dia kelihatan kebingungan. Aku benar benar mengamuk. Selang beberapa minit kemudian, kukurung Dila di bilik mandi dalam keadaan masih tidak berpakaian.

Ia mengetuk-ngetuk pintu minta dibukakan. Berulang kali dia memaki dan mengatakan akan mengadukan kepada ayah.Tak berapa lama kemudian suara Dila  semakin lemah, hanya terdengar esak tangisnya. Aku membukakan pintu dengan mengomel. “Lainkali, kalau ibu suruh mandi jangan membantah,penat ibu menyuruh kamu mandi, dari tadi kamu membantah ibu menyuruh kamu untuk mandi. Ingat ya, kalau seperti ini lagi, ibu akan kunci kamu lebih lama lagi. Faham!”, Entah dia memahami atau tidak. Dila hanya menangis  meskipun tidak lagi meraung.

Setelah berpakaian rapi, menyikatrambut dan makan. Dila seolah-olah melupakan kejadian itu. Diapun asyik bermain kembali dengan teman-temannya. Peristiwa itu tidak hanya satu dua kali terjadi. Tidak hanya pada saya ibunya tapi juga pada ayahnya. Tapi, cara suamiku memperlakukan Dila sangat berbeza. Barangkali memang sikapku yang tidak sabar menghadapi anak yang degil.

Setiap kali itu terjadi, cara itulah yang aku lakukan untuk mengatasinya. Bahkan mungkin ada yang lebih keras  dari itu. Tapi apa yang dilakukan Dila pada saya, Subhanallah, Dila tidak pernah menceritakan perlakuanku terhadapnya kepada siapapun. Seolah-olah dia memendamnya sendiri dan tidak ingin diketahui orang lain. Akupun tak pernah menceritakan kepada suami, khuatir kalau dia marah.

Padahal Dila itu anak kandungku, anak yang keluar dari rahimku sendiri. Aku kadang -kadang membencinya, tidak memperlakukan dia sepertiman aku memperlakukan Helmi adiknya. Dila anak yang cerdas. Selalu ceria, gemar menghibur teman-temannya dengan membacakan mereka buku yang tersedia dirumah. Bahkan teman-temannya merasa kehilangan ketika Dila menginap di rumah neneknya diluar kota, walaupun hanya dua malam.

Belaian lembut tangan suamiku menyedarkan aku. Kulepas pelukannya perlahan. Tak sedar air mata menyelinap keluar membasahi pipi. “Sudahlah, malam semakin larut. Mari kita tidur,” ajaknya lembut. Aku berusaha menenangkan gemuruh dibatinku. Astaghfirullah, aku beristighfar berulang kali. “Saya mau tidur dekat Dila ya?” pintaku. Lagi-lagi agakkan suamiku membuatku semakin merasa bersalah. Kuhampiri Dila yang sedang memeluk bantal peluk kesayangannya. Siswi kelas tiga SD itu begitu baik hati. Aku malu menjadi ibunya yang kerap memukul, berkata-kata dengan suara keras dan…oh Dila maafkan ibu.

Di sisi Dila bidadari kecilku, aku bersujud di tengah malam. ” Ya Allah, melalui Dila, Engkau didik hambamu ini untuk menjadi ibu yang baik. Aku bermohon ampunan kepada-Mu atas apa yang telah kulakukan pada keluargaku, pada Dila. Beri hamba kesempatan memperbaiki kesalahan dan ingatkan hamba untuk tidak mengulanginya lagi. Dila, maafkan ibu nak, kamu banyak memberi pengajaran buat ibu.”

Sebuah renungan untuk para ibu termasuk diri saya sendiri. Semoga kita semakin menyayangi anak-anak dan memperlakukan mereka dengan baik. Sebagaimana diingatkan dalam sebuah hadits Nabi SAW agar manusia menyayangi anak-anaknya.

Ketika Aqra’ bin Habis At Tamimi mengatakan bahwa ia memiliki sepuluh anak tapi tidak pernah mencium salah seorang di antara mereka, Rasulullah SAW bersabda

“Barangsiapa yang tidak menyayangi maka dia tidak disayangi”

(HR. Bukhari dan Tirmizi)

Disunting dan dialihbahasa dari bahasa Indonesia dari : http://cerpenislami.blogspot.com

Kisah Sebuah Pernikahan

aqad nikah

Hari pernikahanku. Hari yang paling bersejarah dalam hidup. Seharusnya saat itu aku menjadi makhluk yang paling berbahagia. Tapi yang aku rasakan gundah gulana. Betapa tidak. Di hari bersejarah ini tidak ada satupun sanak saudara yang menemaniku ke tempat mempelaiperempuan. Apalagi ibu.Beliau yang paling keras menentang perkahwinanku.

Masih kuingat betul perkataan ibu tempoh hari, “Jadi juga kau menikahi ‘bungkusan karung hitam’ itu ….?!?” Duh……, terasa luluh hatiku mendengar ucapan itu. Bagaimana tidak, calon isteriku disamakan dengan ‘bungkusan karung hitam’.

“Mungkin kamu sudah terkena sihir, Yanto. Macam mana kamu boleh menyukai seorang gadis hitam, gempal dengan wajah yang sama sekali tidak menarik dan cacat kakinya. Malahan lebih tua beberapa tahun berbanding kamu !!” sambung ibu lagi.

“Cukup ibu! Cukup! Jangan ibu menghina dia sekasar itu. Dia kan ciptaan Allah. Bagaimana jika Yang Maha Pencipta marah kepada ibu…?” Kali ini aku terpaksa membalas ucapan ibu dengan sedikit emosi. Rupanya ibu amat tersinggung mendengar ucapanku.

“Oh…. rupanya kau lebih memillih perempuan itu daripada keluargamu. Baiklah Yanto. Silakan kau menikah tapi jangan harap seorangpun dari kami ada di tempatmu saat itu. Dan jangan kau bawa perempuan itu ke rumah ini !!”

DEGG !!!!

cincin

“Yanto…. jangan terus kebingungan. Penghulu akan sampai sebentar lagi ,” teguran Ismail menghilangkan lamunanku.Segera kuucapkan istighfar dalam hati.

“Alhamdulillah penghulu sudah sampai. Bersiaplah …akhi,” sekali lagi Ismail memberi semangat padaku.

“Aku terima nikahnya,  Shalihah binti Mahmud  dengan mas kawin sepersalinan alat solat tunai !” Alhamdulillah lancar juga aku

mengucapkan aqad nikah.

“Ya Allah hari ini telah Engkau izinkan aku untuk meraih setengah agama.Mudahkanlah aku untuk meraih setengah yang lain.”

Di kamar yang amat sederhana. Di atas katil kayu ini aku terpegun lama. Memandang isteriku yang tengah tertunduk larut dalam lamunannya dan diam. Setelah sekian lama kami saling diam, akhirnya dengan membaca basmalah dalam hati kuberanikan diri untuk menyapanya.

“Assalamu’alaikum …. permintaan hafalan Qur’an abang bila mahu disemak, De’…?” tanyaku sambil memandangi wajahnya yang sejak tadi disembunyikan dalam tunduknya. Sebelum menikah, isteriku memang pernah meminta malam pertama hingga ke sepuluh agar aku membacakan hafalan Qur’an setiap malam satu juz. Dan permintaan itu telah aku setujui.

“Nanti saja dalam qiyamullail,” jawab isteriku, masih dalam tunduknya. Wajahnya yang berbalut kerudung putih, ia sembunyikan dalam-dalam. Saat kuangkat dagunya, ia seperti ingin menolak. Namun ketika aku beri isyarat bahawa aku suaminya dan berhak untuk melakukan itu , ia menyerah.

Kini aku terpegun lama. Benar kata ibu ..wajah isteriku ‘tidak menarik’. Sekilas fikiran itu muncul ….dan segera aku mengusirnya. Matanya berkaca-kaca menatap bola mataku.

“Bang, sudah saya katakan sejak awal ta’aruf, bahawa fizikal saya seperti ini. Kalau Abang kecewa, saya bersedia dan redha. Namun jika abang tidak menyesal beristerikan saya, mudah-mudahan Allah memberikan keberkatan yang banyak untuk abang. Seperti keberkatan yang Allah limpahkan kepada ayah Imam Malik yang ikhlas menerima sesuatu yang tidak ia sukai pada isterinya.Saya ingin mengingatkan abang akan firman Allah yang dibacakan ibu Imam Malik pada suaminya pada malam pertama pernikahan mereka,

” …Dan bergaullah dengan mereka (isterimu) dengat patut (baik). Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjanjikan padanya kebaikan yang banyak.” (Surah An-Nisa:19)

Mendengar tutur kata isteriku, kupandang wajahnya yang penuh dengan air mata itu dalam-dalam. Aku teringat kisah suami yang rela menikahi seorang wanita yang memiliki kecacatan. Dari rahim wanita itulah lahir Imam Malik, ulama besar ummat Islam yang namanya abadi dalam sejarah.

lelaki berdoa

“Ya Rabbi aku menikahinya kerana Mu. Maka turunkanlah rasa cinta dan kasih sayang milikMu pada hatiku untuknya. Agar aku dapat mencintai dan menyayanginya dengan segenap hati yang ikhlas.”

Perlahan-lahan kudekati isteriku. Lalu dengan bergetar, kurangkul tubuhya dalam dakapanku. Sementara, isteriku menangis teresak-esak dalam wajah yang masih menyimpan segumpal keraguan.

“Jangan memaksakan diri untuk ikhlas menerima saya, bang. Sungguh… saya bersedia menerima keputusan apapun yang terburuk,” ucapnya lagi.

“Tidak…De’.Sungguh sejak awal niat abang menikahimu kerana Allah. Sudah teramat bulat niat itu. Hingga abang tidak menghiraukan ketika seluruh keluarga memboikot untuk tidak datang tadi pagi,” terangku sambil menggenggam erat tangannya.

Perlahan-lahan malam telah naik ke puncaknya . Dalam lengangnya bait-bait do’a kubentangkan pada Nya.

“Robbi, tidak dapat kumenolak bahawa kecantikan wanita dapat mendatangkan cinta buat laki-laki. Namun telah kutepis memilih isteri kerana rupa yang cantik kerana aku ingin mendapatkan cintaMu. Robbi saksikanlah malam ini akan kubuktikan bahawa cinta sejatiku hanya akan kupasrahkan pada-Mu.Oleh itu, pertemukanlah aku dengan-Mu dalam Jannah-Mu !”

Aku berengsot menuju pembaringan yang amat sederhana itu. Lalu kutatap raut wajah isteriku dengan segenap hati yang ikhlas. Ah, .. sekarang aku benar-benar mencintainya. Kenapa tidak? Bukankah dia wanita solehah sejati. Ia sentiasa menegakkan malam-malamnya dengan munajat panjang padaNya.Ia sentiasa menjaga hafalan KitabNya. Dan sentiasa melaksanakan puasa sunnah Rasul Nya.

“…dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah. Mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya pada Allah …” (Surah Al-Baqarah:165)

=========================================

Ya Allah sesungguhnya aku ini lemah , maka kuatkanlah aku dan aku ini hina maka muliakanlah aku dan aku fakir maka kayakanlah aku wahai Dzat yang maha Pengasih

Disunting dan dialihbahasa dari bahasa Indonesia dari : http://cerpenislami.blogspot.com

Jika tidak kerana KasihMu

hati Allah

Ya Rahman Ya Rahiim..

Jika tidak kerana kasihMu,

Nescaya tika ini lemasku di lautan kedukaan tak bertepi

Sesatku di lorong derita yang gelap penuh duri

Basah pipiku dibanjiri air mata yang tak henti bertamu

Tersungkur menyembah bumi tak  bangkit kembali

Binasa diriku mengikut kata hati yang sengsara

Menyambut musibahMu kerana terasa begitu beratnya

 

Ya Rahman Ya Rahiim..

Kerana limpahan kasih dan rahmatMu..

aku bangkit dari sendu yang bertamu..

Bersujud ke hadratMu dengan kesyukuran

MusibahMu adalah tanda kasih sayangMu padaku

Menyuci karat-karat dosa yang sekian lama bertamu

Kembali belajar mencintaiMu

Setelah kualpa dek kemilau indahnya dunia

Yang palsu melalaikan ku dari mengingatiMu


Ya Rahman Ya Rahiim..

Kerana limpahan kasih dan rahmatMu..

Kau tumbuhkan dalam jiwaku redha dan sabar

Menerima qada’ dan qadarMu

Berpaut hanya padaMu

Mengadu hanya padaMu

Cukuplah Engkau, Ya Allah bagiku

Dalam musibahMu ada kemanisan

Dalam musibahMu aku kembali padaMu

Dalam musibahMu kukenali cintaMu yang agung….






Fitrah Seorang Wanita

Sekadar panduan buat para suami mengenali si isteri…

cukuplah Allah

Jangankan lelaki biasa,
Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok
Untuk diluruskan oleh lelaki
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta,
kerana nantinya mereka semakin liar.

Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan
kerana nantinya mereka akan semakin derita
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal
Di situlah punca kekuatan dunia.

hati Allah

Akal senipis rambutnya,
tebalkanlah ia dengan ilmu
Hati serapuh kaca,
kuatkanlah ia dengan iman…
Perasaan selembut sutera,
hiasilah ia dengan akhlak

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya…
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab…
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah… sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah…
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya. ..
Pasti tidak akan terhibur,
dan tidak akan menghiburkan. ..
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus…
Bahkan akan semakin membengkok.. .
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya…

 

Bila wanita menjadi derhaka…
pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara….
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata. ..
Tapi binalah kepimpinan.. .

 

Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi,
pimpinlah diri kepadanya…
Jinakkan diri kepada Allah…
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu.. .
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra’
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

Pahala Terakhir Seorang Isteri

Kisah benar- petikan dari majalah NUR- cahaya keinsafan. Untuk renungan bersama… insyaAllah.. .

tear

Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini.

Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup. Untuk pengetahuan semua… … …

… .di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tetapi keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat berbakti kepada suami.

Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan.Kami dianggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya.Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa.

Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata unutk melayan Adam dan menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa. Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumahtangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami.Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat, adakalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur, hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam rumahtangga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing.

Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Hari itu merupakan hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul lima petang saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Penat dan letih tidak dapat digambarkan. Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat.Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak,bermain- main dan bergurau senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada pada petang itu.

Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti ituj arang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedarsaya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak,sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan laut dipinggir bandar. Dengan senang saya dan anak-anak menyetujuinya. Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya,kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik- mengusik. Seperti tiada hari lagi untuk esok. Selain anak-anak,suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu. Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil.

Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap. Saya pun hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar tidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur. Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, “Abang, Zee terlalu penat,” lalu saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur.Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi.Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya.

kematian suami

Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab.Sehinggala h saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali – panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dalam kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital,tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya dan saya tidak sempat bertemunya. Meskipun redha dengan pemergian suami,tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya didunia ini.Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu,maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf d aripadanya.

Sabda Rasulullah s.a.w, “Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya,tiada seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur,tiba-tiba di tolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya.”

berdoa

Sehingga kini,setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir ke pipi.Saya akan bermunajat dan mohon keampunan daripada Allah.

Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai isterinya

« Older entries Newer entries »