
Bila datang kepadamu berita kekuranganku Itu adalah bukti bahawa sesungguhnya diriku sempurna
Sikap rakus dan tamak dapat membinasakan pelakunya. Cara mengatasinya adalah dengan mengikuti terapi berikut ini:
1. Bersederhanalah di dalam hidup dan membelanjakan harta. Sesiapa yang terlalu banyak berbelanja, maka dia tidak akan pernah puas, bahkan ia akan diperbudak oleh rasa tamak. Kesederhanaan adalah pangkat kepuasan. Dalam pepatah arab dikatakan
Pengelolaan yang baik merupakan setengah dari penghidupan
2. Jangan terlalu gelisah menghadapi masa depan. Atasilah dengan membatasi angan-anganmu, dan yakinlah bahawa masalah rezeki itu sudah ditentukan, dan pasti akan sampai kepadamu.
3. Bertaqwalah kepada Allah kerana Dia berfirman di dalam Al Qur’an :
……barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar [65:2]. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.[65:3]
[Surah At Thalaaq (65) : 2-3]
4. Kenalilah kebaikan yang terkandung dalam sifat qana’ah sehingga anda hidup mulia, tidak memerlukan pertolongan orang lain dan kenalilah keburukan yang terkandung dalam sikap rakus dan tamak iaitu membawa kehinaan bagi pelakunya.
5. Perbanyakkanlah merenungkan kisah-kisah para Nabi dan orang-orang soleh. Kepuasan mereka, kesederhanaan hidup mereka dan cinta mereka terhadap amal-amal soleh. Jadikanlah mereka sebagai suri teladan anda.
6. Perhatikanlah keadaan orang yang lebih rendah dalam urusan-urusan duniawi.
Diolah dari buku “Jangan Bersedih, Jadilah Wanita yang Paling Bahagia” karangan Dr ‘Aidh bin Abdullah Al Qarni
Leave a Reply