PENAWAR HATI


Tika ini,
langkah terasa payah,
nafas terasa lelah,
hati teramat gelisah,
menghadapi ujian yang Maha Esa..

Kalbuku,
yakinlah pada janji ar-Rahim,
kau tak pernah sendiri,
tidak mungkin jua terasa sunyi,
mustahil jua tandus tanpa cinta,
kerana kasih Nya sentiasa ada buatmu…

Nuraniku,
tabahlah kau menjamah getir ujian buatmu,
teguhlah kau terus berdiri,
kerana kau pasti mampu hadapinya,
itu janji Tuhan yang Esa…

Penawar,
biar perih terasa mengejar cinta Yang Esa,
dari terleka mencari fatamorgana yang fana,
berimanlah ini terbaik untukmu,
segala tersurat sudah,
kerana Dia Khalidmu,
Maha mengetahui segala sesuatu,
pasti ada sebabnya setiap kisah hidupmu….

Sumber: http://badarktc.blogspot.com/

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: