Menghilangkan Bau Nasi Hangit

Petua 1:

Ambil sedikit kelapa parut, ikat dalam kain putih yang bersih.Timbuskan dalam nasi. Perlahankan api, dengan cara ini nasi boleh dimakan dan ia masak dengan sempurna.


Petua 2:

Ambil dan basuh cili kering dalam dua tiga tangkai dan jangan dipotong. Masukkan  ke dalam nasi tersebut dan biarkan seketika.


Petua 3:

Kalau bau hangitnya tidak terlalu kuat, letakkan garam di atas tudung periuk dan InsyaAllah, tiada lagi bau hangit tu.


Petua 4:

Ambil daun pisang dan letakkannya menutupi permukaan atas nasi. Biarkan sejenak.. InsyaAllah, tiada lagi bau hangit.


Petua 5:

Ambil beberapa biji cili padi. Cucukkan hujungnya ke permukaan nasi tersebut dan tutup.
Biarkan seketika sehingga cili padi tadi layu atau kelihatan agak lebam, barulah bau hangit tadi akan hilang.

Petua 6:
Ambil beberapa helai daun limau purut, carik-carikkan dan masukkan di dalam nasi hangit.Tutup semula tudung periuk. Pasti nasi berbau harum.

Petua 7:
Ambil daun pandan, masukkan ke dalam mangkuk dan letakkan pada tengah-tengah nasi yang hangit.

Petua 8:
Ambil kulit bawang, cuci dan masukkan ke dalam periuk nasi yang hangit tadi dan tutupkan periuk.
Petua 9:
Taburkan cengkih sebanyak 5 tangkai dalam nasi yang hangit dan biarkan beberapa ketika.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: