Haruan Masak Lada Hitam

Bahan-bahan:


1 ekor ikan haruan (dipotong dua)
1 biji bawang besar (dimayang)
2 ulas bawang putih (diketuk)
5 cm halia (dihiris nipis)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Bahan-bahan:


1. Masukkan bawang, bawang putih, halia dan lada hitam dalam periuk berisi air dan biarkan mendidih.
2. Kemudian, masukkan ikan haruan dan biarkan mendidih lagi.
3. Masukkan garam secukup rasa dan asam keping.
4. Biarkan seketika hingga masak.


Sumber : Majalah Pa & Ma September 2006

Ungkep Ikan Haruan

Bahan-bahan:


1 ekor haruan sederhana besar
5 cm halia dihiris nipis-nipis
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji bawang besar (dimayang)
3 cm kunyit hidup (ditumbuk)
2 keping asam keping
2 cawan air
Garam secukup rasa

Cara membuat:


1. Masukkan bawang, bawang putih, halia dan kunyit dalam periuk berisi air dan biarkan mendidih.
2. Kemudian, masukkan ikan haruan dan garam secukup rasa.
3. Biarkan seketika sehingga mendidih lagi dan masukkan asam keping. Kacau dan biarkan ikan benar-benar masak. Sedia dihidang.


Sumber : Majalah Pa & Ma September 2006

Kari Ikan Tenggiri

Bahan-bahan:

2 potong ikan tenggiri
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm kunyit
3 cm halia
3 sudu makan serbuk kari
1 batang kulit kayu manis
Sedikit bunga cengkih dan bunga lawang
Air asam jawa secukupnya
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:

1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, kunyit dan halia sehingga lumat. Campurkan bersama serbuk kari.
2.  Tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan bahan tumbuk yang dicampur serbuk kari sehingga naik bau.
3. Masukkan air asam secukupnya. Setelah mendidih, masukkan ikan.
4. Tambahkan garam dan biarkan hingga ikan masak.


Sumber : Majalah Pa & Ma September 2006

Ikan Kukus Istimewa

Bahan-bahan:


1 ekor ikan bawal putih ( boleh juga ikan lain yang tidak gatal seperti ikan tenggiri)
2 cm halia muda (dihiris nipis dan memanjang)
2 cm kunyit hidup  (dihiris nipis dan memanjang)
2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 cawan air asam jawa
Lada hitam secukupnya (ditumbuk halus)
Garam secukup rasa


Cara Membuat:
1. Ikan yang telah dibersihkan dimasukkan ke dalam mangkuk yang akan digunakan untuk mengukus.
2. Masukkan semua bahan dan kukus sehingga ikan benar-benar masak.
Sumber : Majalah Pa & Ma September 2006

SATAR IKAN

Makanan Tradisional Terengganu

Bahan-bahan:

1/2 kilo ikan selayang [ambil isi saja]
1/2 biji kelapa muda [parut]
10 biji cili kering
10 biji bawang merah
1/2 inci halia
sedikit asam jawa
daun pisang secukupnya

Cara Membuat:

1. Ikan dan kelapa ditumbuk.
2. Bawang, cili kering dan halia dikisar.
3. Gaul kesemua bahan hingga sebati
4. Masukan garam,gula asam jawa gaul rata.
5. Daun pisang dibentukkan kun  dan masukkan adunan ikan .


6. Tutupkan dan dan cucukkan pada buluh.
7. Bakarkan/panggangkan sehingga agak masak.
8. Angkat dan buangkan daun pisang dan hidangkan

Sumber :http://hanieliza.blogspot.com/

Ikan Panggang Halia Muda



Sumber : Majalah RASA – April 2004 (Resepi Ibu Dalam Pantang)

Bahan A (diperap)
2 potong ikan tenggiri
Sedikit garam
Sedikit kunyit
Sedikit cuka

Bahan B (dihiris)
3 cm halia muda
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit minyak

Cara
1. Lumurkan bahan perap pada ikan. Perap selama ½ jam. Kemudian panggang ikan hingga masak.
2. Tumis bahan B hingga naik bau. Tabur atas ikan. Siap untuk dihidang.

Petua Orang Tua : Orang-orang Melayu memperakui halia salah satu herba serta ubat tradisional yang mempunyai banyak khasiat iaitu dapat membantu penghadaman, melembutkan perut, mengawal hati supaya tidak sejuk dan basah, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani, membuang angin, menghilangkan bau mulut, memanaskan badan dan melancarkan perjalanan darah.

Sup Ikan Haruan


Sumber : Majalah RASA – April 2004 (Resepi Ibu Dalam Pantang)

Bahan-bahan
1 ekor ikan haruan – diambil isinya
3 ulas bawang merah – ditumbuk lumat
2 ulas bawang putih – ditumbuk lumat
1 ½ cm halia – dihiris halus
2 cawan air
2 sudu makan minyak masak
1 sudu makan lada hitam – ditumbuk
5 keping asam keping
Garam secukup rasa

Bahan Hiasan
Sedikit daun sup
Sedikit daun bawang

Cara Membuat
1. Panaskan minyak masak dan masukkan bahan yang ditumbuk lumat serta halia yang dihiris sehingga naik wangi. Kemudian masukkan air.
2. Setelah air mendidih, masukkan isi ikan, lada hitam dan garam. Kacau rata-rata sehingga isi ikan masak.
3. Selepas itu bolehlah dihias dengan hirisan daun bawang dan daun sup.

Bubur Lambuk Ikan Haruan


Sumber : Majalah RASA – April 2004 (Resepi Ibu Dalam Pantang)


Bahan-bahan
1 ekor ikan haruan – diambil isinya
1 cawan beras
1 cawan santan
5 ulas bawang putih – dihiris halus
1 sudu makan lada hitam – ditumbuk
1 ½ cm halia – dihiris halus
Garam secukupnya
Air secukupnya

Bahan Hiasan
Sedikit daun sup
Sedikit daun bawang
Bawang goreng

Cara membuat
1. Rebuskan beras dengan bahan yang dihiris sehingga kembang.
2. Masukkan isi ikan haruan
3. Setelah mendidih, masukkan santan, lada hitam dan garam secukup rasa
4. Setelah masak bolehlah dihias dengan hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.

Ikan Haruan Bakar


Sumber : Majalah RASA – April 2004 (Resepi Ibu Dalam Pantang)


Bahan-bahan:
1 ekor ikan haruan
1 cm kunyit hidup – dikisar
1 batang serai – dikisar
1 sudu teh garam
1 sudu teh lada hitam
Sedikit helaian daun pisang – balut pada ikan

Bahan Air Asam
1 genggam asam jawa – diperah
1 cawan air
5 tangkai cili padi – dihiris
1 biji bawang besar – dihiris
Garam secukup rasa

Cara Membuat
1. Perapkan ikan dengan bahan yang dikisar, lada hitam dan garam. Tunggu sehingga 1 jam. Selepas itu bolehlah dibakar ikan sehingga ikan masak.
2. Sementara itu ambil perahan air asam dan masukkan bawang, cili padi dan garam secukup rasa.
3. Setelah itu bolehlah ikan dihidangkan panas bersama sambal air asam.

Ikan Haruan Kukus Air Asam


Sumber : Majalah RASA – April 2004 (Resepi Ibu Dalam Pantang)
Bahan-bahan:
1 ekor ikan haruan – dibersihkan dan digaul dengan garam dan lada hitam
1 cawan air asam
3 sudu makan minyak masak
2 sudu makan kicap cair
1 sudu makan gula
1 sudu makan serbuk lada hitam (digaul bersama ikan)
1 tangkai daun kesum
1 batang bunga kantan – dihiris halus
1 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh garam

Bahan Kisar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 ½ cm kunyit hidup
1 ½ lengkuas
1 batang serai – dihiris nipis
1 sudu teh lada hitam – ditumbuk

Cara Membuat
1. Sapukan minyak masak di atas gris pinggan hidang kalis panas. Bubuh ikan di atasnya. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga naik wangi. Tambahkan air asam. Masukkan garam, gula dan kicap cair. Pekatkan dengan bancuhan tepung jagung.
3. Masukkan daun kesum dan bunga kantan. Kacau rata-rata dan tuang atas ikan.
4. Sementara memasak kuahnya, kukus ikan haruan di atas air mengelegak selama 15 ke 20 minit (bergantung kepada ketebalan ikan).

« Older entries

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 40 other followers