Kelebihan Solat Jemaah Menurut Teori Fizik dan Kesilapan Masyarakat

Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Solat berjemaah lebih utama jika dibandingkan dengan solat sendirian dengan 27 darjat.”
(Hadis Riwayat Al Bukhari)

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama. Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktumalam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak. Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakaat dalam solat Isyak.

Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

Sumber Asal: Berita Harian

Senario masyarakat yang dapat  kita perhatikan pada saf-saf solat di masjid-masjid mahupun di surau-surau di sekeliling kita jauh sekali dari apa yang diperintahkan Rasul tercinta. Seringkali apabila solat berjemaah, kelihatanlah ruang-ruang antara bahu dan bahu dan kaki-kaki antara jemaah di sebelah seolah-olah solat sendirian. Perhatikan gambar-gambar yang dipaparkan di atas inilah realiti sebenar yang berlaku dalam masyarakat kita. Ada juga diperhatikan apabila dibentangkan sejadah maka sejadah itu hanya untuk dirinya. Jika jemaah di sebelah ingin rapat padanya, maka kelihatan rasa tidak puas hati terpamer di wajah. Mungkin rasa rimas apabila jemaah yang lain terlalu rapat dengannya. Tidak kurang juga timbul perasaan geli untuk berdiri bersentuhan bahu dan bertemu kaki ketika solat jemaah. Cuba perhatikan  dua jenis karpet yang biasa dihamparkan di masjid-masjid seperti gambar di bawah.

Satunya agak sederhana dengan hanya menyediakan jaluran untuk meletakkan kaki dan satu lagi menyediakan ruang seperti sejadah untuk seorang jemaah. Bukankah yang agak sederhana itu lebih menggalakkan saf dirapatkan berbanding yang satu lagi? Jika solat jemaah yang dilaksanakan tidak menepati apa yang diperintahkan Rasulullah bukankah sudah terputus saf solat dan akan menyebabkan hilangnya fadilat solat berjemaah. Hikmah solat jemaah seperti penemuan sains di atas juga tidak akan diperolehi jika bahu dan kaki tidak dirapatkan antara jemaah.

Setiap kali ingin menunaikan solat kebiasaannya imam akan meyeru supaya saf-saf dirapatkan dan diluruskan. Namun, seruan itu sering diabaikan masyarakat yang mengaku cintakan Nabi Muhammad SAW, tetapi memandang ringan seruan Baginda. Kita anggap saja mereka tidak tahu. Mungkin hari ini mereka mengatakan, ” Tak tahu pun sebab selama ini, tengok orang tua-tua buat macam tu, kami mengikut sahaja”.

Bagi yang tidak tahu di sini dibentangkan hadith-hadith tentang suruhan Rasulullah tentang meluruskan dan merapatkan saf-saf dalam solat. Bagi yang sudah mengetahui tapi mengabaikannya kerana menganggap sebagai hal yang remeh, ingin ditanyakan adakah ini tandanya anda menyintai Rasulullah..

Anas Malik berkata, Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
Luruskan saf kamu, kerana saf yang lurus termasuk solat yang sempurna.”
(Hadith Riwayat Muslim)

Al-Nu’man bin Bashir telah berkata :
“Adalah Rasulullah SAW selalu membetulkan saf kami seperti membetulkan anak panah, sehingga kami benar-benar faham akan kepentingan membetul dan meluruskannya (saf). Pada suatu hari ketika baginda keluar solat bersama kami sedang baginda hampir bertakbir terlihat seorang lelaki yang kedudukan dadanya mengereng dari saf, lantaran baginda bersabda: “Wahai hamba-hamba Allah sama ada kamu betul dan luruskan saf-saf kamu atau Allah SWT memalingkan wajah-Nya daripada wajah-wajah kamu.”
(Hadith Riwayat Muslim, , Abu Daud, dan  al-Tarmidzi)

Daripada sahabat Jabir bin Samarah r.a, mengatakan Rasulullah SAW bersabda ,

“Tidakkah kalian berbaris seperti para malaikat berbaris di hadapan Tuhannya?” Kemudian kami bertanya, “Bagaimana ya Rasulullah?” Maka jawab Nabi s.a.w. “Mereka menyempurnakan saf-safnya baris demi baris.”
Hadith riwayat Muslim, Nasa’i dan Khuzaimah.

Hadis yang lain daripada Anas bin Malik:
Adalah Rasulullah SAW memalingkan wajah baginda ke arah kami (menoleh ke arah kami) sebelum baginda bertakbir seraya berkata: “Luruskan dan betulkan saf kalian”.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Daripada Abu Masud, katanya:
Rasulullah SAW menyentuh bahu kami sebelum solat sambil berkata, luruskan barisanmu (saf), jangan bengkok, nescaya yang menyebabkan hatimu berpecah-belah.”
(Hadith Riwayat Muslim)

Rasulullah SAW mempunyai cara tersendiri mewujudkan perpaduan utuh di kalangan sahabat dengan menyempurnakan saf. Ini terbukti apabila generasi yang ditarbiah Rasulullah SAW amat menjaga perpaduan dan tidak mementingkan diri seperti puak Muhajirin serta Ansar yang dapat disatukan. Dengan penemuan sains ini membuktikan bahawa setiap suruhan Rasulullah yang berpandukan wahyu Ilahi bukanlah sesuatu yang sia-sia tetapi mengandung hikmah yang bermanfaat kepada manusia.

Cara-Cara Merapatkan Saf Yang Betul

1.  Merapatkan bahu dengan bahu, lutut dengan lutut, dan mata kaki dengan mata kaki sebagaimana hadith berikut:

“Dari Nu’man bin Basyir r.a. berkata:
Aku melihat seseorang merapatkan bahunya dengan bahu saudaranya, merapatkan (melekatkan) lututnya dengan lutut saudaranya dan mendekatkan mata kakinya dengan mata kaki saudaranya.

(Hadith Riwayat Bukhari)

2.  Meluruskan telapak kaki dengan telapak kaki saudaranya dan meluruskan telapak kaki ke arah kiblat.

“Dari Anas bin Malik r.a. berkata,
“(Pada waktu solat) masing-masing dari kami meratakan bahunya dengan bahu saudaranya dan telapak kakinya dengan telapak kaki saudaranya.”
(Hadith Riwayat Bukhari)

Baginda menghadapkan hujung-hujung kedua-dua jari-jemari kaki baginda ke arah Kiblat”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Abu Daud)


Betul – Kaki diluruskan ke arah hadapan (Kiblat)

Salah – Kaki tidak lurus ke hadapan

3. Menutup celahan di antara saf

Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tegakkanlah saf-saf, sejajarkanlah bahu-bahu kalian, tutupkanlah celah-celah, dan lembutkanlah diri kalian untuk disentuh tangan-tangan saudara kalian. Jangan biarkan celah-celah untuk dimasuki syaitan. Barangsiapa yang menyambung saf, maka Allah menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskan saf, maka Allah memutuskannya.”
(Hadith Riwayat Abu Daud, an-Nasa’i, Ahmad, )

Di dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing.
(Hadis Riwayat Abu Daud)

4.  Meletakkan posisi badan dalam keadaan yang betul.

Dari an-Nu’man bin Basyir: beliau berkata,

“Adalah Rasulullah SAW selalu membetulkan saf kami seperti membetulkan anak panah, sehingga kami benar-benar faham akan kepentingan membetul dan meluruskannya (saf). Pada suatu hari ketika baginda keluar solat bersama kami sedang baginda hampir bertakbir terlihat seorang lelaki yang kedudukan dadanya mengereng dari saf, lantaran baginda bersabda: “Wahai hamba-hamba Allah sama ada kamu betul dan luruskan saf-saf kamu atau Allah SWT memalingkan wajah-Nya daripada wajah-wajah kamu.”

(Hadith Riwayat Muslim, , Abu Daud, dan  al-Tarmidzi)

Merapat dan meluruskan saf kelihatan seolah-olah perkara kecil dan remeh walhal ia merupakan suruhan Rasulullah. Kita tanyakan kepada diri kita, perkara yang sekecil ini kita remehkan bagaimana pula perkara yang lebih besar. Adakah ini tandanya kita menyintai kekasih Allah yang mulia, Nabi Muhammad s.a.w?

Rasulullah bersabda:

Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersolat.”
(Hadith Riwayat Al Bukhari)

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
“Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (shalallahu ‘alaihi wasallam) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa yang ditegah daripada kamu, hendaklah kamu jauhi.dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukuman-Nya”.
( Surah Al Hasyr:  ayat 7)

Anas berkata, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Tiga perkara sesiapa yang ada padanya maka dia mendapati kemanisan iman. Pertama, hendaklah Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai kecuali kerana Allah. Kedua, taat ibu bapa selagi tidak melanggar perintah Allah. Ketiga, hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran seperti mana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka.”
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Jika kecintaan kepada ibu bapa menuntut ketaatan terhadap perintah mereka, apakah pula alasannya tidak mengendahkan perintah Rasulullah SAW sedangkan kedudukan cinta terhadap Baginda lebih tinggi berbanding ibu bapa.

Begitulah kecintaan sebenar kepada Rasulullah SAW perlu mengikut sunnah Baginda seperti firman Allah bermaksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
(Surah Ali-Imran, ayat 31)

Galilah ilmu tentang Al Quran dan hadith yang sahih dan jangan menjadi orang yang mengikut-ngikut perbuatan orang lain kerana  kita hanya akan selamat dunia dan akhirat dengan berpegang teguh pada keduanya. Tanda kita menyintai Rasulullah ialah mengamalkan  suruhan dan meninggalkan larangannya. Cara ibadah, muamalat dan sebagainya dalam kehidupan sepertimana yang diajarkan oleh Rasulullah hanya dapat diketahui melalui Al Quran dan hadith yang sahih. Tinggalkanlah segala bentuk larangan Rasulullah walaupun masyarakat banyak melakukannya kerana jaminan ke syurga idaman adalah mengikut ajaran yang dibawakan Rasul yang mulia.
Waulahua’lam.
About these ads

2 Comments

  1. adieb said,

    April 14, 2010 at 9:19 am

    sekali lagi!!!!!!!!ALHAAMDULILLAH,,…begitu hebat sesuatu yang disyariatkan oleh Allah.semoga sma2 ia tertanam jauh ke dalam hati kita dan menjadi amalan dlm khidupan kta seharian..moga hati kita sntiasa tenang dalam keadaan beriman dan menjadi hamba yang terbaik..aminnnn

  2. Shukri said,

    May 14, 2010 at 5:03 am

    salam ziarah.. wah bagusnya artikel ni ! izinkan saya copy paste untuk blog saya.. terima kasih..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 41 other followers

%d bloggers like this: