Pulut Serikaya @ Tok Aji Serban

Makanan Tradisional Terengganu

Bahan-bahan
Lapisan Bawah
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair dan sedikit garam

Lapisan Atas
3 cawan santan pekat
1/2 cawan gula pasir
½ cawan gula merah
1/2 cawan tepung gandum
3 biji telur
1 sudu teh garam

Cara Memasak
Lapisan Bawah
1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
2. Kukuskan sehingga masak.
3. Lapikkan plastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inci.
4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Lapisan Atas
1. Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.
4. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau plastik.

Sumber : http://hanieliza.blogspot.com/

About these ads

3 Comments

  1. hana said,

    April 9, 2010 at 9:20 am

    salam
    i asal orang terengganu, kuih tok aji serban dengan sri kaya memang betul tak pakai tepung gandum,dan confirm komen yang kater tak pakai tepung gandum tu, cuba you tanya 100 org terengganu, dia orang pun akan bagi jawapan yang sama……..sama la macam kuah nasi dagang terengganu- kalau kena tumis kuah tu- sah2 resipi tak betul- sebab kuah nasi dagang orang terengganu tak tumis- minyak datang dari pecahnya santan…..maaf yer….i nie dah jadi orang kl dari kecik, tapi memang keluarga makan makanan terengganu asli……

  2. engku azhari said,

    April 17, 2010 at 2:55 am

    utk lapisan atas sy rasa kita bleh msukkan daun pandan,manisan, santan pekat & telor tp pastikan telor tu jgn dipkul, cuma gaul 2 kacau perlahan jgn smpai kembang.. nak letak atas pulut tu pastikan pulut tu masih panas lagi..ini satu petua…. lagi lama kita kukuskan lagi elok kita akan nampak dibhgian atasnya

  3. ummuayman said,

    April 20, 2010 at 10:44 am

    Terima kasih atas semua komentar. Saya asal orang terengganu dan sedang mencari resepi yg pure, tak sempat belajar dgn org2 tua. masa kecik2 dulu selalu mkn serikaya yg arwah mak buat, mmg menggelembung kat atas dia. tapi tok aji serban yg dok beli kat ganu ginila rupa dia.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 40 other followers

%d bloggers like this: